Trending

Sarawak bakal jadi kawasan jelapang padi

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel
BERCAKAP… Ahmad Zahid bercakap dalam sidang media selepas Program Santuni Rakyat di Dewan Terbuka SK Haji Bujang, Sebangan, di sini, hari ini. (Foto oleh Ghazali Bujang)

SEBUYAU: Sarawak akan dijadikan sebagai antara kawasan jelapang padi negara bagi meningkatkan lagi pengeluaran padi dalam negara.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, kira-kira 50,000 hektar tanah dijangka dibangunkan untuk tujuan itu. 

Menurutnya, kawasan-kawasan itu sudah dikenal pasti namun belum dimuktamadkan.

“Pada prinsipnya, Premier Sarawak (Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg) bersetuju dan mengenal pasti kawasan-kawasan yang luas tetapi dari segi pelaksanaannya, ia memerlukan sedikit waktu.

“Ini kerana peruntukannya kita akan koordinasikan dengan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan termasuk soal persetujuan dengan pemilik tanah,” katanya dalam sidang media selepas Program Santuni Rakyat di Dewan Terbuka SK Haji Bujang, Sebangan, di sini, hari ini.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata berdasarkan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA), untuk melaksanakan tanaman lima musim dalam dua tahun, ia memerlukan kos yang tinggi iaitu RM3 billion.

Namun, beliau berkata soal kos diletakkan sebagai perkara kedua kerana kepentingan adalah untuk kemampuan sara diri, dengan bekalan beras mencukupi termasuk di Sarawak dan Sabah.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

22 September 2023

Berita Terbaru