ARTIKEL

Sarawak bakal sediakan kediaman selesa penjawat awam

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MIRI: Sarawak akan mengkaji dan mengambil langkah proaktif untuk menyediakan tempat kediaman yang selesa bagi setiap penjawat awam di negeri ini.

Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, Kerajaan Sarawak sedar bahawa kekurangan kuarters, terutamanya di kawasan luar bandar, adalah satu cabaran yang perlu ditangani dengan serius.

“Justeru, saya telah mengarahkan Setiausaha Kerajaan Sarawak untuk mengkaji dan mengambil langkah untuk menyediakan tempat kediaman yang selesa di dalam bangunan dan juga di persekitarannya.

“Kuarters penjawat awam di Sarawak juga sedang dipertingkat mutunya agar selesa didiami dan sebagai insentif kepada penjawat awam agar berkhidmat dengan lebih dedikasi lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam teks ucapan yang dibacakan oleh Timbalan Premier Datuk Amar Douglas Uggah Embas pada Program Perhimpunan Penjawat Awam Bagi 2024 di sini, semalam.

Berita lanjut dalam epaper STSS percuma.

BERITA LAIN

Hari Wesak disambut meriah seluruh negara

KUALA LUMPUR: Hari Wesak disambut meriah di seluruh negara dengan ribuan penganut Buddha memenuhi tokong di negeri masing-masing sejak awal pagi ini. Di Kuala Lumpur,

BERITA TERBARU