Trending

Sarawak bangun bakat baharu, sertai industri berteknologi tinggi

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

KUCHING: Sarawak sedang membina bakat baharu tempatan untuk membolehkan negeri ini menyertai industri berteknologi tinggi, khususnya dalam sektor reka bentuk litar bersepadu (IC).

Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, ia sekali gus menangani kekurangan tenaga mahir kerana Sarawak memerlukan sekitar 500 jurutera pereka IC untuk bekerja dalam industri tersebut.

Justeru, menurutnya kerjasama antara Kementerian Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat (MEITD) melalui Semikonduktor Reka Bentuk Mikroelektronik Sarawak (SMD) dengan Pusat Kecemerlangan Teknologi Sarawak (CENTEXS), Sarawak Skills, Melexis dari Belgium, X-Fab (Sarawak) dari Jerman dan Cadence dari Lembah Silikon, Amerika Syarikat itu merupakan satu pencapaian baharu bagi negeri ini dalam membina bakat tempatan untuk menyertai industri teknologi tinggi.

“Pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) ‘Transformasi Ekonomi Digital Sarawak: Pembangunan Bakat dalam Semikonduktor dan Reka Bentuk Cip’ini merupakan titik permulaan untuk menjadikan Sarawak sebagai salah satu hab reka bentuk IC terkemuka di rantau ini.

“Dalam masa yang sama bertujuan untuk membangunkan modal insan dan mengembangkan bakat tempatan dalam bidang semikonduktor dan pembangunan reka bentuk cip,” katanya pada majlis pemeteraian MOU tersebut, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut katanya, reka bentuk cip baharu diperlukan dan sangat penting untuk transformasi berterusan industri automotif, daripada bahan api fosil kepada kenderaan elektrik (EV) dan juga kenderaan hidrogen.

Untuk berita terperinci, sila langgani e-paper atau akhbar Suara Sarawak di pasaran.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

22 September 2023

Berita Terbaru