Sarawak bangunkan industri keju mozarella berasaskan susu kerbau

KUCHING: Sarawak bercadang mengeluarkan produk keju mozarella berasaskan susu kerbau, kata Menteri Muda Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah, Datuk Dr Abdul Rahman Ismail.

Sehubungan itu, katanya sebuah syarikat tempatan dari Lawas telah dikenal pasti bagi menerajui pembangunan industri pembuatan keju ini.

“Untuk memastikan kelestarian industri kerbau, Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak merancang untuk meningkatkan populasi kerbau di bahagian utara Sarawak.

“Satu dari inisiatif adalah untuk membangunkan Stesen Kerbau Maragang, Lawas sebagai pusat penyelidikan dan pembiakan kerbau di bawah RMK-12,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Adun Batu Danau Paulus Palu Gumbang pada persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) ke-18, di sini hari ini.

Tambahnya, stesen tersebut akan dijadikan sebagai pusat pengumpulan, pemprosesan dan pembungkusan produk hiliran.

Suara Sarawak