HSL berbuka puasa bersama pengamal media di Sarawak.

Sarawak bantu bina pusat tahanan sementara bagi Pati

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email

KUCHING: Kerajaan Sarawak akan membantu membina pusat tahanan sementara bagi menempatkan pendatang asing tanpa izin (Pati) yang ditahan memasuki negeri ini dalam tempoh pandemik Covid-19 ketika kini.
Timbalan Pengarah Unit Keselamatan dan Penguatkuasaan Negeri Datuk Mohamad Morshidi Mustapha berkata beberapa tempat sudah pun dikenal pasti dan diluluskan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk dijadikan pusat tahanan sementara berkenaan.
“Cuma tempat belum ditentukan lagi, beberapa tempat di Kuching, Sibu dan Miri,” katanya pada sidang media Op Jala di pejabat Unit Keselamatan dan Penguatkuasaan Negeri, Masja II di sini, hari ini.
Menurut Mohamad Morshidi merangkap Timbalan Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS), setakat ini terdapat seramai 58 orang Pati sedang ditahan di Depot Tahanan Imigresen di negeri ini.
Katanya kesemua mereka merupakan warganegara Indonesia, yang ditahan menerusi pemeriksaan Op Jala ke atas 22 tapak pembinaan termasuk 14 premis kopitiam di sini.
Bagaimanapun, beliau berkata hasil ujian pertama Covid-19 ke atas kesemua Pati terbabit mendapati mereka negatif.
“Mereka masih dalam pusat tahanan. Ujian calitan pertama yang dijalankan mendapati semuanya negatif dan kita menunggu untuk membuat ujian calitan kedua,” katanya.
Mohamad Morshidi menambah selepas tamat tempoh kuarantin selama 14 hari, kesemua Pati itu akan ditahan oleh Jabatan Imigresen.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

31 Mac 2023

Berita Terbaru