ARTIKEL

Fatimah (kanan) turut sama menghadiri mesyuarat yang dipengerusikan oleh Dr Nagulendran (kiri).

Sarawak bentang laporan persiapan bagi temasya sukan Para SUKMA ke-21 2024

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Sukan Para SUKMA ke-21 2024 yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan, Ts. Dr Nagulendran Kangayatkarasu, telah diadakan di Dewan Jamuan Majlis Sukan Negara (MSN) semalam.

Antara perkara yang dibincangkan pada mesyuarat tersebut adalah berkaitan pemakluman Laporan Jawatankuasa Teknikal Khas dan Laporan Pengurusan Sukan Para SUKMA ke-21 Sarawak 2024.

Dalam mesyuarat itu, Ketua Pegawai Eksekutif, Sekretariat Sukan Malaysia (SUKMA) ke-21 Sarawak 2024, Datuk Hii Chang Kee, melaporkan tentang persiapan bagi temasya sukan tersebut yang akan berlangsung di Kuching bermula dari 22 hingga 28 September depan.

Hadir sama pada mesyuarat tersebut ialah Menteri Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Masyarakat Sarawak, Datuk Seri Fatimah Abdullah, Yang Dipertua Majlis Paralimpik Malaysia, Datuk Seri Megat D. Shahriman Datuk Zaharudin, dan Ketua Pengarah MSN, Abdul Rashid Yaakub.

Sepuluh acara sukan akan dipertandingkan pada temasya dwitahunan negara itu nanti.

Antaranya, olahraga, renang, badminton, ping pong, tenpin boling, boling padang, ‘powerlifting’, catur, memanah dan ‘boccia’.

Untuk rekod, Sarawak pernah muncul juara sebanyak 13 kali bermula dari tahun 1994 hingga 2018.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Perdana Menteri China akan lawat Malaysia

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri China Li Qiang akan mengadakan lawatan rasmi tiga hari ke Malaysia dari Selasa hingga 20 Jun. Ini merupakan lawatan pertamanya ke