Kanak-kanak berusia dua tahun antara lima maut kemalangan di Sibu

Trending

Sarawak beralih Fasa 2 PPN mulai 14 Julai

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

KUCHING: Sarawak bersedia untuk beralih ke Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN) mulai 14 Julai ini.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) berkata, keputusan tersebut dipersetujui bersama-sama dengan Majlis Keselamatan Negara (MKN) setelah membuat penilaian risiko serta mengambil kira nilai ambang bagi ketiga-tiga indikator PPN.

“Garis panduan yang sedia ada masih berkuat kuasa sehingga 13 Julai jam 11.59 malam.

“JPBN telah memuat naik infografik SOP Pelan Perjalanan Sarawak Menuju Pemulihan: 4 Fasa bagi memudahkan orang ramai memahami kebenaran serta larangan SOP dari satu fasa ke fasa berikutnya yang akan dilaksanakan sepanjang tempoh keempat-empat fasa di Sarawak,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

JPBN menambah, SOP yang terperinci bagi fasa tertentu akan dikeluarkan MKN dan dapat di muat turun dari laman web: https://www.mkn.gov.my.

JPBN turut menyeru kepada orang ramai agar terus mengamalkan langkah pencegahan dan kawalan kendiri yang ketat supaya rantaian Covid-19 dapat diputuskan secepat mungkin.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

6 Jun 2023

Berita Terbaru