ARTIKEL

CONTOH... Awang Tengah (dua kiri) menyertai upacara perasmian Kongres Ekonomi Bumiputera yang disempurnakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (tiga kanan) di Putrajaya, semalam.

Sarawak berhasrat menjadi hab tenaga hijau serantau

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Sarawak berhasrat menjadi hab tenaga hijau serantau yang mampu memenuhi keperluan pelabur daripada dalam (DDI) mahupun luar (FDI) bagi mematuhi garis panduan ‘Sustainable Development Goals’ (SDGs) dan ‘Environmental, Social and Governance’ (ESG) termasuk pembiayaan hijau.

Timbalan Premier Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata sehubungan itu, InvestSarawak telah menjalinkan kerjasama dengan Alliance Bank Malaysia Bhd serta UN Global Compact Network Malaysia dan Brunei (UNGCMYB) untuk menyediakan pembiayaan hijau berjumlah RM1 bilion kepada Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di Sarawak.

“Pembangunan tenaga adalah penting untuk menggerakkan semua aspek pembangunan lebih-lebih lagi dalam bidang ekonomi.

“Ia juga mempunyai banyak limpahan dari segi penjanaan tenaga, transmisi dan pengagihan termasuk mewujudkan banyak peluang perniagaan dan perusahaan yang boleh diceburi oleh syarikat-syarikat Bumiputera termasuk Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS),” katanya ketika berucap di Kongres Ekonomi Bumiputera di Putrajaya, semalam.

Menjelas lanjut, beliau berkata Sarawak kini sedang giat membangunkan ekonomi baharu terutamanya ekonomi hijau selaras dengan perkembangan dan hala tuju global dalam menangani perubahan iklim dan pemanasan global seperti mana yang digariskan di bawah SDGs dan ESG.

Baca lain  Pelabuhan Tanjung Embang bakal dibina

“Saya yakin, sumber tenaga hijau seperti tenaga hidro merupakan penggerak utama untuk mencapai aspirasi Sifar Pelepasan 2050 dan Sarawak mempunyai potensi untuk menjana 20,000MW tenaga hidro,” katanya.

Di samping itu, Awang Tengah berkata Sarawak juga menekankan kepada pembangunan modal insan, inovasi, kreativiti dan transformasi digital supaya mereka dapat meningkatkan mutu produk dan perkhidmatan bagi pasaran domestik dan eksport.

Sehubungan itu, beliau berkata Kerajaan Sarawak melancarkan Rangka Tindakan Ekonomi Digital Sarawak yang menggariskan strategi untuk pembangunan ekonomi digital bagi meningkatkan produktiviti dan pembangunan ekonomi.

“Menurut IMF, ekonomi digital dianggarkan menyumbang secara purata 24.3 peratus kepada ekonomi dunia pada 2025 yang bernilai USD25 trillion.

“Bayangkan jika kita mampu memanfaatkan 1 peratus sahaja daripada nilai ini, ia akan menyumbang USD2.5 trilion kepada KDNK negara,” katanya.

Dalam pada itu, Awang Tengah berkata untuk memastikan kelestarian ekonomi Sarawak, usaha akan terus dipergiatkan untuk membangunkan modal insan khususnya dalam TVET dan STEM.

Untuk itu, katanya Sarawak telah mewujudkan Pusat Kecemerlangan Teknikal Sarawak (CENTEXS) dan sedang giat membangunkan lima sekolah antarabangsa.

Baca lain  Promosi keselamatan kebakaran kepada pelajar

“Kita juga berkolaborasi dengan universiti tempatan dan antarabangsa, serta berhasrat menyediakan pendidikan pengajian tinggi secara percuma di universiti milik Sarawak kepada anak-anak Sarawak yang layak untuk melanjutkan pendidikan tinggi.

“Dengan adanya pendidikan dan latihan kemahiran berkualiti, kita yakin akan dapat melahirkan tenaga kerja yang kompeten dan berdaya saing dan seterusnya dapat merebut peluang pekerjaan yang menawarkan gaji yang tinggi.

“Justeru, ini dapat menyumbang kepada peningkatan pendapatan isi rumah dan kualiti hidup rakyat serta membasmi kemiskinan dalam kalangan masyarakat kita,” katanya.

BERITA LAIN

Hina Premier Sarawak, tiga Setiausaha lapor polis

KUCHING: Tiga Setiausaha kepada Premier Sarawak bertindak membuat laporan polis berhubung kes dipercayai menfitnah Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg oleh

BERITA TERBARU

Hina Premier Sarawak, tiga Setiausaha lapor polis

KUCHING: Tiga Setiausaha kepada Premier Sarawak bertindak membuat laporan polis berhubung kes dipercayai menfitnah Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg oleh