Sarawak beri tumpuan kepada tenaga boleh diperbaharui

KUCHING: Sarawak menerima dan menyokong penuh Matlamat Pembangunan Lestari Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (SDGs), kata Menteri Utilitinya, Datuk Seri Dr Stephen Rundi Utom.

Beliau berkata, sejak tahun 2010, Sarawak telah mengurangkan pergantungan kepada penjanaan bahan api fosil ke arah ekonomi karbon rendah melalui pembangunan tenaga hidro yang boleh diperbaharui.

“Sudah tiba masanya dunia sedar kepentingan tenaga boleh diperbaharui dalam menangani isu perubahan iklim.

“Sarawak telah memulakan peralihan kepada tanaga boleh diperbaharui ini semasa dunia masih belum begitu sedar dengan krisis perubahan iklim, dan ia akan terus memanfaatkan potensi kuasa hidro yang dimiliki untuk keperluan tenaga, dan mengimbangi ia dengan penggunaan arang batu dan gas asli untuk keselamatan,” katanya semasa berucap di majlis penutupan Forum Kemampanan dan Tenaga Boleh Diperbaharui (Sares) 2019 di sini hari ini.

Rundi berkata beliau berhadap forum dua hari itu akan menyumbang kearah kefahaman lebih mendalam mengenai tenaga boleh diperbaharui.

“Kita perlu terus mendalami amalan terbaik dari seluruh dunia dan terus panganjuran forum antarabangsa di Sarawak ini bermakns lebih ramai penduduk negeri ini dapat mendengar dan belajar lebih lanjut mengenainya,” katanya. – Bernama

Suara Sarawak