ARTIKEL

Sarawak berjaya kumpul 218,779 kg bahan e-waste, kedua tertinggi di Malaysia

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Sarawak merekodkan penggumpulan buangan Elektrik dan Elektronik (e-waste) kedua tertinggi di Malaysia pada tahun lalu dengan kutipan sebanyak 218,779 kilogram (kg).

Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, hasil itu diperoleh daripada kempen pengumpulan bahan buangan e-waste yang dijalankan di 26 lokasi seluruh negeri ini.

“Kempen tersebut diteruskan sepanjang tahun ini dan setakat 31 Oktober lalu, sejumlah 96,524.99 kg telah berjaya dikutip dari 32 lokasi di seluruh Sarawak.

“Program berkenaan telah membawa impak positif apabila semakin ramai rakyat kita sedar tentang kepentingan menguruskan pembuangan e-waste dengan betul serta mengikut prosedur yang ditetapkan,” katanya.

Abang Johari yang juga Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar berkata demikian pada Majlis Perasmian Sambutan Hari Alam Sekitar Negara (HASN) Peringkat Sarawak 2023 yang dibacakan oleh Timbalan Premier Datuk Amar Dr Sim Kui Hian di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, ujarnya kempen yang bermula tahun 2022 itu merupakan salah satu inisiatif pemuliharaan alam sekitar dilaksanakan oleh Kerajaan Sarawak dengan kerjasama Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB), Jabatan Alam Sekitar (JAS), Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan sektor swasta.

LAIN-LAIN BERITA

Kebajikan golongan OKU terus diperjuangkan

MIRI: Kebajikan serta sokongan untuk golongan orang kelainan upaya (OKU) akan terus diperjuangkan bagi memastikan mereka mempunyai peluang dan hak yang sama rata dalam kalangan

BERITA TERBARU

Fahmi ulang jaminan keselamatan sistem PADU

Kerajaan mengulangi jaminan terhadap keselamatan sistem Pangkalan Data Utama (PADU) susulan dakwaan sistem yang mengumpulkan data peribadi rakyat Malaysia itu digodam. Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil