PDRM cari Rizal, belasah pemborong sayur separuh mati

Sarawak berpotensi lahir atlet sukan permotoran

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
BERCAKAP... Presiden PJM, Baron Sim

KUCHING: Trek litar latihan permotoran sementara di Stadium Negeri Sarawak diharap mampu menyuntik lebih ramai pelumba untuk berkecimpung dalam sukan berkenaan.

Presiden Kelab Permotoran Petra Jaya (PJM), Baron Sim, mengakui ramai peminat-peminat sukan permotoran di negeri ini merupakan golongan belia dan dilihat mempunyai potensi untuk melibatkan diri dalam kejohanan peringkat awal.

“Kita melihat Sarawak mempunyai ramai pelumba berpotensi untuk mengikuti pertandingan permotoran di semenanjung.

“Kita juga melihat pengorbanan mereka, sanggup berbelanja besar demi minat jadi dengan adanya litar latihan ini kita harap ramai yang akan menyertai latihan secara lebih serius,” katanya kepada Arena Suara Sarawak.

Mengulas lanjut mengenai litar, Baron memberitahu litar terbabit telah diwujudkan dengan peruntukan dana kelab kira-kira RM200,000.

Tambahnya, pihaknya bercadang untuk menambah panjang litar itu berikutan keluasan terkini litar cuma mencecah 960 meter.

“Ruang litar yang ada sangat terhad namun kita akan cuba merancang untuk memperbesarkan litar atau memastikan keselamatan litar yang lebih efisien pada masa akan datang.

“Sehingga kini usaha menambah baik litar adalah menerusi usaha sama ahli-ahli kelab PJM di samping beberapa aktivi pengiklanan yang kelab laksanakan bagi mengumpul dana,” ujarnya.

Terdahulu, baru-baru litar sementara itu telah dilancarkan secara rasmi oleh Menteri Muda Pelancongan, industri kreatif dan Seni Persembahan II, Datuk Snowdan Lawan.

BERCAKAP… Presiden PJM, Baron Sim

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

29 Mac 2023

Berita Terbaru

Hias meja konsol

HIAS meja konsol harus mengambil kira ruangan bilik untuk memastikan