ARTIKEL

Sarawak bertuah punyai rakyat saling menghormati

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sarawak bertuah mempunyai rakyat saling menghormati budaya, kepercayaan dan tradisi sekali gus menjadi asas untuk membina wilayah ini sebagai pentadbiran kerajaan yang adil serta stabil.

Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, selain mempunyai Jabatan Agama Islam yang berperanan menjaga hal ehwal umat Islam, Sarawak juga menubuhkan persatuan untuk menjaga agama lain daripada semua aspek kehidupan.

PENYERAHAN… Pengerusi merangkap Lembaga Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) menyerahkan buku sebagai kenang-kenangan kepada Abang Johari.

“Sebagai pemimpin negeri, saya dan menteri-menteri kabinet berpandukan perkara ini untuk menggubal dasar yang menguntungkan orang Islam dan bukan Islam.

Itulah asas yang termaktub dalam Piagam Madinah iaitu saling hormat-menghormati,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Persidangan Ijtimak Ilmuan Islam Antarabangsa yang berlangsung di Dewan Kompleks Islam di sini, hari ini.

Sementara itu Abang Johari berkata Sarawak satu-satunya negeri yang mengamalkan Konsep Ta‘ayush secara harmoni dan bersahaja selaras dengan Konsep Piagam Madinah pada era global dan digital hari ini.

Katanya, konsep diterbitkan daripada model Piagam Madinah pada zaman Rasulullah SAW yang menggalakkan seluruh rakyat Islam dan bukan Islam- untuk hidup bersama secara aman dan harmoni.

Pada majlis yang sama, Abang Johari turut menyempurnakan pelancaran buku Kitab Pedoman Ibadat karangan Daud Abdul Ghani dan Salah Faham Sains dan Agama karangan Proffesor Datuk Dr Mohd Yusof Othman.

Hadir sama Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar; Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak, Datuk Misnu Taha; Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi.

BERITA LAIN

10 gadis jelita rebut gelaran Kumang Gawai

SIBU: Seramai 10 gadis jelita merebut gelaran Kumang Gawai Dayak Sibu 2024 yang akan berlangsung sempena Majlis Makan Malam Mantar Gawai Dayak Peringkat Bahagian Sibu

Potensi ekonomi pelancongan kulinari, gastronomi

KUCHING: Gastronomi melalui inovasi kepelbagaian kulinari tradisi tempatan merupakan salah satu medium yang mampu menyokong pertumbuhan ekonomi mampan Sarawak di peringkat dunia. Timbalan Menteri Pelancongan,

BERITA TERBARU

RM35,000 untuk ganti paip graviti lama

PAKAN: Sejumlah RM35,000 telah diperuntukkan kepada Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Entaih bagi membeli dan menggantikan batang paip graviti lama sekolah tersebut untuk kegunaan seharian mereka.