ARTIKEL

Sarawak berupaya bergantung kepada kewangan sendiri

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

Dr Sim ketika ditemui wartawan

KUCHING: Belanjawan Negeri Sarawak 2023 jelas menunjukkan bahawa Sarawak sedang menuju ke arah negeri yang berupaya untuk bergantung kepada kewangan sendiri.

Timbalan Premier merangkap Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Dr Sim Kui Hian berkata, ia juga selari dengan usaha yang ingin dicapai, apabila diusahakan sejak tahun 2018.

“Melihat kepada peruntukan yang dibentangkan oleh Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, kita telah melalui saat-saat tertentu dan berjaya berkembang dari semasa ke semasa.

“Malah, belanjawan yang dibentangkan juga merekodkan sejarah baharu apabila menyaksikan jumlah peruntukan yang paling besar diberikan berbanding tahun-tahun sebelumnya.

“Terima kasih kerana memberitahu bahawa Sarawak akan muflis. Sekarang, kita sudah mempunyai bajet yang paling besar,” katanya ketika ditemui wartawan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, di sini, hari ini.

Sekitar tahun 2019, Menteri Kewangan Lim Guan Eng mengeluarkan kenyataan yang tidak masuk akal bahawa Sarawak akan bankrap jika terus ditadbir oleh Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Mengulas lanjut, belanjawan yang dibentangkan itu juga dilihat sebagai komprehensif membabitkan keterangkuman dan kemakmuran rakyat.

Sementara, Abang Johari merangkap Menteri Kewangan dan Ekonomi Baharu Sarawak telah membentangkan Belanjawan Negeri Sarawak 2023 di DUN Sarawak, di sini, hari ini.

BERITA LAIN

Wanita rentung dalam kebakaran

KUCHING: Seorang wanita berusia 35 tahun ditemukan rentung selepas dipercayai terperangkap dalam kebakaran sebuah rumah di Jalan Taman Kim Pang di sini, petang tadi. Jurucakap

BERITA TERBARU