ARTIKEL

Sarawak-Brunei kerjasama tingkat nilai perdagangan pertanian

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sarawak memanfaatkan kerjasama erat dengan negara Brunei Darussalam dan berharap dapat meningkatkan nilai perdagangan terutamanya melibatkan bekalan hasil pertanian.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, ia kerana Sarawak mempunyai kawasan tanah yang luas dengan potensi besar untuk pertanian moden seperti seperti ternakan, buah-buahan dan sayur-sayuran.

Justeru katanya, Sarawak mencadangkan usaha sama dalam ternakan ikan dan ternakan udang di Lawas untuk tujuan tersebut.

Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan melawat ke tapak pameran sempena Hari Kebangsaan ke-39 Brunei Darusalam yang diadakan di sebuah hotel, di sini.

“Sarawak-Brunei juga mempunyai potensi untuk bekerjasama dalam penternakan lembu di Limbang, Lawas, Miri dan pemprosesan hiliran di Brunei.

“Kami mempunyai beberapa ladang yang berminat untuk menjalankan penternakan lembu menerusi penggabungan ladang kelapa sawit dan sistem lot makanan,” katanya.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan sempena Hari Kebangsaan ke-39 Brunei Darusalam di sebuah hotel, di sini, semalam.

Majlis turut dihadiri Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah dan Konsul Agung Negara Brunei Darussalam di Kuching Noni Zurainah.

Dalam pada itu, Abang Johari berkata, Sarawak berhasrat untuk bekerjasama dengan Brunei untuk membangunkan lagi industri pelancongan secara bersama.

Jelasnya, ia menerusi mempromosikan Borneo sebagai destinasi pelancongan dengan memanfaatkan Lapangan Terbang Brunei sebagai hab pelancongan antarabangsa untuk rantau ini.

Selain itu, beliau berkata, Sarawak juga akan menubuhkan pejabat perdagangan di Brunei dalam masa terdekat, dalam usaha promosi bersama terutamanya dalam bidang pelancongan dan perdagangan.

BERITA LAIN

Kerap pantau harga barang

SIBU: Impak kenaikan harga diesel di Semenanjung kemungkinan akan memberi kesan kepada Sabah dan Sarawak. Kebimbangan ini disuarakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit

BERITA TERBARU

Kerap pantau harga barang

SIBU: Impak kenaikan harga diesel di Semenanjung kemungkinan akan memberi kesan kepada Sabah dan Sarawak. Kebimbangan ini disuarakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit