ARTIKEL

Sarawak buru 13 pingat

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SARAWAK menyasarkan untuk memenangi 13 pingat pada temasya Sukan Para Asean ke-12 di Kemboja pada 3 hingga 9 Jun depan.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Datuk Seri Fatimah Abdullah berkata, ia merangkumi enam pingat emas, satu pingat perak dan enam pingat gangsa.

“Sebanyak 13 atlet orang kelainan upaya (OKU) dari Sarawak bakal mewakili Malaysia ke saingan berpestij tersebut dengan menyertai lima kategori pertandingan termasuk powerlifting, boccia, badminton, renang dan catur.

“Malah saya juga telah dijemput oleh Presiden Majlis Paralimpik Malaysia Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin untuk hadir ke temasya terbabit bagi memberi sokongan kepada atlet kita,” katanya pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri beliau di sini, semalam.

Menurut Fatimah, beliau dan timbalannya Mohamad Razi Sitam dijemput untuk mengadakan lawatan dan menghadiri majlis penutup pada 7 hingga 10 Jun ini di Kemboja.

“Kekuatan atlet paralimpik Sarawak untuk temasya kali adalah dalam acara ‘powerlifting’ dengan tiga emas dan dua gangsa telah disasarkan,” tambahnya.

Bagi acara powerlifting lelaki, wakil dari Sarawak termasuk Azalan Mos (kategori 59kg), Bryan Junency Gustin (80kg) dan Nicodemus Manggoi Moses (88kg).

Untuk kategori wanita, Bibiana Ahmad yang juga kali pertama beraksi akan bertanding dalam kategori 67kg, manakala Sona Agon dalam kategori 73kg.

Untuk kategori boccia, Angeline Melissa Lawas (B1 Wanita), Wilyien Cliff Honseng (BC1 Lelaki) dan Abdul Razzaq Abdul Rahman (BC4) akan bertanding.

Sementara Ashley Iranaeus Jeck akan bertanding dalam acara badminton dengan menyasarkan pingat perak. Muhammad Mur Syaiful Zulkafli, Fraidden Dawan dan Mohd Adib Iqbal Abdullah akan bertanding dalam acara renang manakala Thoo Siaw Lan akan bertanding dalam catur.

BERITA LAIN

Dominator JR FT terbaik, semakin digeruni

KUCHING: Skuad Dominator JR FT kini antara pendatang baharu yang semakin digeruni keedibiliti mereka di pentas saingan bola sepak lima sebelah atau lebih dikenali sebagai

Fasiliti Stadium Sarawak akan dinaik taraf

KUCHING: Penaiktarafan fasiliti di Stadium Sarawak akan dilakukan susulan negeri ini sebagai tuan rumah bersama bagi Temasya Sukan Asia Tenggara (SEA) pada tahun 2027. Menteri

Skuad B-16 Malaysia belasah Timor-Leste, 5-0

KUALA LUMPUR: Skuad Bawah 16 Tahun (B-16) kebangsaan memulakan kempen Kejuaraan B-16 ASEAN 2024 dengan bergaya selepas membelasah Timor-Leste 5-0 pada aksi pertama Kumpulan C

Selangor FC tumbangkan Perak FC, 2-1

KUALA LUMPUR: Selangor FC merapatkan jurang mata dengan pendahulu Liga Super Johor Darul Ta’zim (JDT) selepas menewaskan Perak FC 2-1 meskipun terpaksa beraksi dengan 10

BERITA TERBARU

Rose Blackpink sertai The Black Label

PENYANYI KOREA, Rose Blackpink menandatangani kontrak pengurusan dengan The Black Label, diketuai oleh penerbit Teddy. “Kami menandatangani kontrak pengurusan dengan artis Rose. “Penerbit Teddy dan

Pentas peragaan sentuhan Syafiq Kay

AKSI, kecekapan dan keanggunan pentas peragaan penting untuk menyerlahkan ratu cantik. Jurulatih pentas peragaan Sarawak, Shafi k Kay menyertai bidang peragaan dan kecantikan ratu cantik