ARTIKEL

Sarawak capai status karbon negatif

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

MIRI: Sarawak mencapai kejayaan sebagai negeri di Malaysia yang mencapai status karbon negatif, memberikan sumbangan positif dalam menangani krisis global.

Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, semasa menghadiri Persidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (COP28) ke-28 di Dubai minggu lepas, beliau telah berpeluang berinteraksi dengan orang ramai yang menghadiri persidangan itu.

“Dalam persidangan tersebut, mereka bercakap mengenai sifar bersih karbon. Saya kata Sarawak mencapai karbon negatif kerana kita mempunyai lebih banyak hidrogen dan oksigen daripada karbon.

“Saya dengan bangga mengatakan bahawa Sarawak amat bertuah kerana dikuasai oleh 70 peratus hidro dan 30 peratus oleh gas.

“Ini kerana kita masih mempunyai banyak hutan hujan tropika, dan kita kini menuju ke arah ekonomi hijau,” katanya semasa merasmikan Malam Gala Klan Xu Sedunia ke-20 yang diadakan di Hotel Pullman di sini malam tadi.

Dalam pada itu, beliau juga memberi penekanan kepada pembangunan bakat serta memberi tumpuan kepada teknologi sebagai salah satu usaha dalam memantapkan lagi status Sarawak berpendapatan tinggi yang membawa kepada peningkatan pendapatan isi rumah.

Jelasnya, pendekatan tersebut adalah selaras dengan matlamat Sarawak iaitu ke arah pendigitalan dan peralihan tenaga bersih, di bawah Strategi Pembangunan Pasca-Covid-19 (PCDS) 2030.

“Teknologi adalah kata kunci bagi mencapai matlamat tersebut, dan fokus utama kita pada masa sekarang adalah bagi membantu anak-anak kita mempelajari teknologi terkini yang sedia ada.

“Di Sarawak, terdapat banyak peluang untuk anak-anak kita melanjutkan pelajaran, dan sebagai contoh yang dapat dilihat, Sarawak secara rasmi mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) tetapi tidak di Semenanjung Malaysia,” katanya.

Di samping itu, beliau juga berkata bahawa, walaupun terdapat banyak sumber boleh diperbaharui di Sarawak, namun peluang kerjasama tetap terbuka, termasuk dengan Dewan Perniagaan Taiwan.

Oleh itu, katanya, beliau amat mengalu-alukan Persatuan Klan Xu Sedunia iaitu sebuah platform yang mempunyai ikatan dan hubungan yang mantap untuk memupuk serta meluaskannya kepada kumpulan etnik lain.

Jelasnya, ini termasuk orang Melayu, Orang Ulu, Melanau, Bidayuh supaya kesemua masyarakat mempunyai platform yang sama untuk bekerjasama dalam mencapai kemajuan.

LAIN-LAIN BERITA

Sarawak kehilangan figura yang berdedikasi

KUCHING: Sarawak kehilangan figura yang telah mendedikasikan hampir seluruh usianya untuk memimpin negeri ini ke arah kemajuan. Demikian kata Timbalan Menteri Jabatan Premier Sarawak (Integriti dan

BERITA TERBARU

Sawit naik RM3,750 setan

KUALA LUMPUR: BMI Country Risk & Industry Research (BMI), sebuah badan di bawah Fitch Solutions Group Ltd, telah membuat semakan dan menaikkan unjuran bagi harga

JKT penolong jurulatih Kuching City FC ‘B’

KUCHING: Keterujaan buat bekas penyerang berpengalaman yang juga kapten Kuching City FC, Joseph Kalang Tie, 37, dalam menelusuri dunia bola sepak dengan persepsi berbeza. Jika

Dua sahabat didakwa cubaan bunuh lelaki

KUCHING: Dua sahabat didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini, atas pertuduhan cubaan membunuh seorang lelaki berusia 36 tahun dalam satu kejadian tular di media sosial