ARTIKEL

Sarawak catat 258 kes kemalangan maut Januari hingga Oktober lalu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

BINTULU: Sarawak mencatatkan 15,810 kes kemalangan jalan raya dengan 268 kemalangan maut bagi tempoh awal tahun ini sehingga Oktober 2023.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah berkata bagi daerah Bintulu, 21 kes kemalangan maut daripada 1,820 kes kemalangan dicatatkan bagi tempoh yang sama.

“Sehubungan itu kesemua pengguna jalan raya  agar sentiasa peka dengan peraturan dan undang-undang jalan raya selain  berhati -hati semasa berada di atas jalan raya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penutupan Program Kesedaran Keselamatan Jalan Raya dan Perjumpaan Usahawan di Dewan Komuniti Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA), Kampung Warisan Jepak, di sini semalam.

Sementara itu, Hasbi turut menyeru agar semua pihak menjadi mata dan telinga agensi penguatkuasaan dengan menyalurkan sebarang makluman berkaitan kesalahan jalan raya kepada agensi berwajib.

Tambah Ahli Parlimen Limbang berkenaan, program itu bertujuan memberi kesedaran dan pengetahuan kepada semua pengguna jalan raya khasnya di Bintulu agar sentiasa mematuhi peraturan dan undang-undang jalan raya.

“Kempen diadakan bertujuan memberikan kesedaran keselamatan jalan raya dan mengurangkan kadar kemalangan jalan raya khususnya kemalangan yang disebabkan oleh sikap dan kecuaian manusia,” jelasnya.

Pada masa sama, beliau turut mengatakan bahawa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah memperkenal kemudahan terbaharu iaitu aplikasi MyJPJ untuk memudahkan pengguna selain meningkatkan mutu perkhidmatan JPJ.

Katanya, aplikasi itu bertujuan memudahkan pengguna untuk mengakses maklumat berhubung Semakan Lesen Memandu (LMM) dan Cukai Jalan Digital (LKM), Semakan Saman, Aplikasi Nombor Giliran JPJeQ dan Laporan Aduan Kesalahan Trafik.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Lukanisman; Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan Sarawak, Norizan Jili; Residen Bahagian Bintulu, Nyurak Keti dan Pegawai Daerah Bintulu Muhammad Dino Amid turut hadir.

LAIN-LAIN BERITA

SEDAR mahu belajar daripada GPS untuk majukan Sabah

KUCHING: Parti Sedar Rakyat (SEDAR) bersedia untuk mengadakan rundingan kerjasama dengan Gabungan Parti Sarawak (GPS). Presidennya, Datuk Othman Abdillah berkata, usaha itu bagi memastikan Sedar

Cubaan tiga lelaki curi kereta gagal

KOTA SAMARAHAN: Cubaan tiga lelaki melarikan sebuah kereta di Taman Uni Garden gagal apabila diberkas polis selepas terbabas di Jalan Stutong, pada malam Selasa. Pemangku

BERITA TERBARU

Kesihatan Tze Yong diutamakan BAM – Norza

KUALA LUMPUR: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengambil pendekatan tidak terlalu memberi tekanan kepada pemain perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong, dalam usaha mengejar slot ke

Lebih 360,000 ngusung Muzium Budaya Borneo

KUCHING: Muzium Budaya Borneo (BCM) ngerikod lebih 360,000 pengusung sepemanjai taun 2023. Menteri Dagang Temuai, Industri Kreatif enggau Seni Pemerindang (MTCP), Datuk Seri Abdul Karim