Sarawak catat kes tertinggi di seluruh negara

KUCHING: Sarawak sekali lagi muncul negeri yang mencatatkan kes harian positif Covid-19 tertinggi di Malaysia hari ini dengan 555 kes daripada keseluruhan 1,854 kes baharu.

Berdasarkan infografik yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebentar tadi, Selangor melaporkan jumlah kedua tertinggi iaitu 403 dan diikuti Pulau Pinang dengan 176 kes.

Sebelum ini rekod tertinggi adalah 426 kes dilaporkan pada 28 Mac lalu, dengan 45 peratus atau 191 daripadanya melibatkan orang kena tahan (OKT) di Depot Tahanan Imigresen Semuja.

Suara Sarawak