ARTIKEL

AWANG TENGAH semasa mengadakan pertemuan dengan rombongan dari Brunei Darussalam diketuai Dr Abdul Manaf di Wisma Sumber Alam, hari ini.

Sarawak catat RM3.59 bilion nilai eksport ke Brunei

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Sarawak mencatatkan sejumlah RM3.59 bilion nilai eksport ke negara Brunei Darussalam tahun lalu, sekali gus merekodkan 23.8 peratus nilai dagangan tahun lalu.

Timbalan Premier Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, nilai dagangan Sarawak dan Brunei Darussalam mencecah RM3.76 bilion pada 2023 berbanding RM3.04 bilion pada tahun sebelumnya (2022).

Sehubungan itu beliau berharap agar lebih banyak usahasama dapat dijalinkan di pelbagai peringkat antara Sarawak dengan negara jiran itu.

“Ini memandangkan tahun lalu nilai dagangan Sarawak dan Brunei Darussalam meningkat sebanyak 23.8 peratus menjadikan nilai dagangan RM3.76 bilion berbanding RM3.04 bilion pada 2022,” katanya.

Menteri Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan itu berkata demikian selepas menerima kunjungan Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan Negara Brunei Darussalam, Datuk Seri Setia Dr Abdul Manaf Metussin di pejabatnya di Wisma Sumber Alam, hari ini.

Jelasnya, nilai eksport Sarawak ke negara itu sebahagian besar disumbangkan oleh minyak, barangan plastik dan peralatan mesin.

Awang Tengah pada pertemuan turut memaklumkan rancangan pembukaan pejabat Perdagangan dan Pelancongan Sarawak di Brunei (STATOB) yang dijangka memulakan operasi tahun ini.

Baca lain  Jambatan Bailey akan dibina untuk gantikan jambatan Sungai Musah yang runtuh - Uggah

Terdahulu dalam kunjungan lebih sejam itu, dibincangkan adalah soal kolaborasi dalam bidang seperti pertanian, pelancongan dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan Datuk Dr Malcolm Mussen serta Timbalan Menteri Pemodenan Pertanian dan Pembangunan Wilayah Datuk Dr Abdul Rahman Ismail turut hadir sama.

BERITA LAIN

PDRM

Suspek kes amang seksual ditahan di Miri

SRI AMAN: Suspek lelaki dikehendaki polis yang disyaki melakukan amang seksual terhadap seorang kanak-kanak perempuan di kawasan tanah perkuburan lama, Kampung Kubal, Betong ditahan Jumaat

Pemancing udang jumpa mayat terapung

MIRI: Sembilan pemancing udang galah dikejutkan dengan penemuan mayat seorang lelaki dalam keadaan tidak sempurna di Sungai Kuala Baram di sini, hari ini. Ekoran itu,

Stadium mini Sambir lengkap lampu limpah

ASAJAYA: Kejohanan Piala Perpaduan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Asajaya Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah dijangka berlangsung berlainan iaitu dimainkan pada sebelah malam. Itu

BERITA TERBARU

Kapal bantuan ke Gaza belayar 24 April ini

ISTANBUL: Freedom Flotilla Coalition (FFC) mengesahkan tiga kapal yang terlibat dalam misi “Break the Siege: Freedom Flotilla Mission to Gaza 2024” memulakan pelayaran pada 24

Teliti keperluan pinda perundangan mesra pelabur AI

KUCHING: Malaysia perlu segera mengadaptasi landskap ekonomi semasa untuk terus berkembang supaya sentiasa kompetitif di rantau ini dengan menarik pelaburan daripada syarikat sektor teknologi, kecerdasan

Nora Danish terpaksa tidur hotel

PELAKON, Nora Mohd Danish Hanif, 42, meluahkan rasa tidak puas hati apabila dia dan keluarganya terpaksa menginap di hotel selama empat bulan. Katanya, dua individu

Akademi GMP nadi bola sepak di Betong

USAHA menyediakan barisan pemain pelapis berbakat perlu bermula di peringkat akar umbi. Langkah itu penting kerana ia menjadi penyumbang utama di peringkat teras kepada pembangunan