Trending

Sarawak catat sembilan kes kemalangan maut di tempat kerja

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel
CENDERAHATI… Pengerusi Brooke Dockyard dan Perbadanan Kerja Kejuruteraan, Datuk Safri Zainudin (kanan) menyampaikan cenderahati kepada Dr Nor Halim (kiri).

KUCHING: Sebanyak 183 kes kemalangan di tempat kerja direkodkan di Sarawak tahun ini dengan sembilan daripadanya melibatkan maut.

Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Sarawak (JKKPS), IR Dr Nor Halim Hasan berkata, statistik tersebut dicatatkan setakat semalam.

“Daripada jumlah itu, sebanyak 155 kes tidak hilang keupayaan kekal, diikuti 14 kes hilang keupayaan kekal dan lapan kes kejadian berbahaya,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Minggu Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSH Week) dan Program Mega Toolbox di Brooke Dockyard, Sejingkat di sini, hari ini.

Dr Nor Halim berkata, empat kes kemalangan maut di tempat kerja berlaku di sektor perkilangan, diikuti tiga di sektor pertanian dan perikanan, manakala satu kes masing-masing dalam sektor pengangkutan penyimpanan dan komunikasi serta sektor perdagangan borong dan runcit.

Sementara itu katanya, sejumlah 383 kes kemalangan di tempat kerja berlaku sepanjang tahun 2021 dengan 22 kes melibatkan kemalangan maut.

SIMBOLIK… Dr Nor Halim (empat dari kanan) menyempurnakan simbolik pelancaran OSH Week dan Program Mega Toolbox sambil disaksikan oleh Pengerusi Brooke Dockyard dan Perbadanan Kerja Kejuruteraan, Datuk Safri Zainudin (ketiga dari kanan).

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

26 November 2023

Berita Terbaru