Restoran Puzzle saji pelbagai menu istimewa pakej bufet Ramadan

Sarawak catat varian Delta tertinggi di Malaysia, libatkan jangkitan tempatan

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email

KUCHING: Sarawak mencatatkan kes baharu positif varian yang membimbangkan (VOC) Delta tertinggi di Malaysia dengan jumlah 76 kes bagi tempoh 11 hari iaitu 12 hingga 22 Julai lalu.

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Sarawak mencatatkan jumlah keseluruhan bilangan kes positif Covid-19 dengan VOC dan varian kelainan (VOI) sebanyak 149 kes setakat 22 Julai lepas.

“Bagi VOC Beta mencatatkan satu kes import dan 44 kes tempatan. Manakala, satu kes import dan 92 kes tempatan bagi VOC Delta.

“Selain itu, VOI Theta merekodkan 13 kes tempatan dan VOI Eta satu kes import,” katanya dalam laman Facebook hari ini.

Sarawak catat kes varian Delta baharu tertinggi

E-Paper

21 Mac 2023

Latest News