Trending

Sarawak cipta sejarah, bakal jadi tuan rumah Kongres Air Sedunia IWA 2028

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel
BERUCAP… Abang Johari ketika berucap sempena Sambutan Hari Malaysia 2023 Peringkat Kebangsaan di Stadium Perpaduan Kuching, hari ini - Foto ALIF NONI

KUCHING: Sarawak telah dipilih sebagai tuan rumah untuk Kongres dan Pameran Air Sedunia Persatuan Air Antarabangsa (IWA) menjelang 2028. 

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, dengan bandar raya Kuching dipilih, ia merupakan pencapaian bersejarah bukan sahaja untuk Sarawak tetapi juga untuk Malaysia serta seluruh rantau Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN).

“Sememangnya, ini adalah satu lagi peristiwa penting terutamanya semasa sambutan Hari Malaysia yang boleh dibanggakan oleh semua rakyat negara ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap sempena Sambutan Hari Malaysia 2023 Peringkat Kebangsaan di Stadium Perpaduan Kuching, hari ini.

Tambahnya, kongres itu akan diadakan di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) yang baharu dan diperluaskan pada 2028, dan dijangka menarik 10,000 peserta dari 80 negara.

“Kongres itu adalah acara global, dan ia dijangka menjana manfaat ekonomi dan mencipta legasi berkekalan yang akan menerajui kerjasama serantau dalam ASEAN.

“Ia juga akan meletakkan Sarawak sebagai hab terkemuka untuk kemampanan dan inovasi dalam industri air global.

“Pencapaian ini juga akan meletakkan Kuching di dalam peta dunia sekali gus menjadikannya dikenali orang ramai di seluruh dunia,” ujarnya.

Untuk rekod, pemilihan itu dibuat pada 16 September selepas Sarawak membentangkan tawaran menarik untuk acara itu di Bordeaux, Perancis.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

27 November 2023

Berita Terbaru