Teruna berani buka perniagaan syarikat bukan bumiputera

Trending

Sarawak cipta tenaga hijau baharu

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel
Abang Johari dan isteri bersalaman dengan pengunjung Majlis Rumah Terbuka Aidilfitrinya di BCCK, hari ini.

KUCHING: Sarawak bakal mencipta tenaga hijau baharu, yang dihasilkan menggunakan alga dan juga satu tumbuhan yang belum diterokai dengan mendalam.

Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata akan mengumumkan hasil kajian yang berjaya diterokai itu pada awal Mei nanti.

“Ini adalah kejayaan cemerlang dari sudut tenaga hijau dan juga tenaga boleh diperbaharui yang sangat-sangat dikehendali oleh dunia pada hari ini,” katanya ketika ditemu-bual pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitrinya di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini, hari ini.

Manakala menjelas mengenai tumbuhan yang belum diterokai itu, beliau berkata ia mungkin boleh dijumpai di Sarawak sahaja.

“Ia ada hubung kait dengan iklim kita…saya yakin dengan adanya kajian ini, kita akan dapat bukan sahaja tenaga hijau tetapi perubatan,” katanya.

Sementara, Abang Johari berkata penggunaan tenaga angin dengan solar hibrid oleh Sarawak juga sudah menampakkan kejayaan.

Menjelas lanjut, beliau berkata turbin anginnya adalah menggunakan bahan komposit baharu, yang boleh dipusingkan tanpa memerlukan angin yang kuat.

Baca lain  PIALA MALAYSIA 2021: Kealpaan punca KC FC terus merana

Justeru, Premier yakin masa depan Sarawak adalah cerah dengan adanya kemakmuran dan perpaduan yang kukuh antara masyarakat.

Malah, katanya dari sudut pembangunan dan ekonomi, ia berteraskan keterangkuman sosial untuk menghasilkan Sarawak yang bersatu.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

28 Mei 2023

Berita Terbaru