Restoran Puzzle saji pelbagai menu istimewa pakej bufet Ramadan

Sarawak contoh penganjuran acara besar

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
RAKAM KENANGAN… Karim (tengah) dan isteri Datin Seri Zuraini Abdul Jabbar (tiga kanan) merakam kenangan bersama-sama Menteri Muda Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan, Dr Ripin Lamat (tiga kiri) serta tetamu yang lain.

KUCHING: Sarawak tidak menetapkan banyak prasyarat ketika menganjurkan program termasuk melibatkan acara antarabangsa, menjadikan Sarawak contoh kepada negeri lain, kata Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah.

Menurut Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan terbabit, sekiranya banyak prasyarat dikenakan pihak penganjur, ia boleh menyebabkan sambutan dan penyertaan yang tidak ramai.

“Jika pihak penganjur menetapkan banyak syarat untuk acara yang diadakan, peserta berkemungkinan akan merasa tertekan dengan kekangan dan prasyarat yang ditetapkan itu.

RAKAM KENANGAN… Karim (tengah) dan isteri Datin Seri Zuraini Abdul Jabbar (tiga kanan) merakam kenangan bersama-sama Menteri Muda Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan, Dr Ripin Lamat (tiga kiri) serta tetamu yang lain.

“Sebagai contoh acara hiburan dan musik, apabila penganjur meletakkan begitu banyak prasyarat seperti etika berpakaian dan sebagainya, sudah tentu ia menyukarkan artis-artis yang turut serta,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media Majlis Makan Malam Seluhur Kasih Sekalung Budi Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan di salah sebuah hotel terkemuka di sini, malam Jumaat.

Dalam perkembangan lain, Abdul Karim yang juga Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan turut memaklumkan bahawa semasa lawatan Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh di Sarawak baru-baru ini, pihaknya berbincang mengenai beberapa perkara.

SIDANG MEDIA.. Karim (kiri) menjawab soalan pemberita. Turut kelihatan Menteri Muda Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan, Dr Ripin Lamat (kanan).

“Antara perkara yang dibincangkan adalah berhubung kenyataan Hannah yang tidak memerlukan protokol berlebihan di kementerian dengan warganya.

“Hannah menyatakan warga kementerian tidak perlu berdiri dan menunggu berjam-jam bagi menyambut kehadiran mereka selain menunduk hormat.

“Di Sarawak, kita tidak mengamalkan budaya seperti itu misalnya, apabila saya turun ke pejabat, tidak ada kakitangan yang menunggu kehadiran saya sama juga seperti Premier Sarawak dan menteri-menteri lain.

“Berbeza apabila kita hadir dalam majlis, sudah tentu kita menerima sambutan daripada pihak penganjur.

Namun pegawai kementerian menunggu pihak atasan untuk masuk ke pejabat, itu tidak sepatutnya berlaku,” katanya.

Berita Berkaitan

E-Paper

22 Mac 2023

Berita Terbaru