ARTIKEL

Rodiyah memalu gong bagi merasmikan Majlis Pra-Gawai Tahun 2024 Pemimpin Bersama Masyarakat. - Foto: UKAS

Sarawak contoh semangat perpaduan antara kaum yang kukuh

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SIMUNJAN: Sarawak menjadi contoh semangat perpaduan yang kukuh dalam meraikan kepelbagaian kaum dan etnik.
 
Ahli Parlimen Batang Sadong, Rodiyah Sapiee, berkata semangat perpaduan itu menjadi kebanggan rakyat Sarawak yang mempunyai kepelbagaian kaum dan perbezaan bahasa, perayaan serta kepercayaan.
 
“Dalam kepelbagaian ini, kita mempunyai satu matlamat, iaitu hidup secara harmoni dan hormat menghormati antara satu sama lain.
 
“Kita tidak mahu ada orang luar yang cuba mengganggu serta memecahbelahkan perpaduan di Sarawak, dan sama-samalah kita mempertahankan perpaduan dan kerjasama antara kita,” katanya.
 
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pra-Gawai Tahun 2024 Pemimpin Bersama Masyarakat di Kampung Sungai Lingkau Hilir di sini semalam.
 
Dalam pada itu, Rodiyah turut memaklumkan bahawa beliau telah meluluskan dua set kanopi berserta 12 meja dan 100 kerusi bagi penduduk Kampung Sungai Lingkau Hilir.
 
Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simunjan, Awla Dris, memberitahu bahawa beliau begitu bangga sekali kerana penduduk kampung di ini dapat bekerjasama dan bersatu hati antara satu sama lain.
 
Oleh itu, beliau menyeru kepada penduduk kampung di bawah naungan Persatuan Penduduk Kampung Sungai Hilir untuk mencari sumber pendapatan bagi meningkatkan dan menambah ekonomi persatuan tersebut.
 
Hadir sama adalah isteri Awla, Napsiah Abang Kaderi, Ketua Polis Daerah Simunjan, DSP Rafhan Kepli, Timbalan Ketua PBB Cawangan Simunjan, Bojeng Ali, Ketua Pergerakan Wanita Parti Persatuan Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan Simunjan, Kaunselor Rosita Poni, Penghulu Jubin Sili dan Pengerusi Persatuan Penduduk Kampung Sungai Lingkau Hilir, Tawan Jawa.

Rodiyah (dua kanan) menyampaikan hadiah kepada seorang penerima pada Majlis Pra-Gawai Tahun 2024 Pemimpin Bersama Masyarakat. – Foto: UKAS

BERITA LAIN

BERITA TERBARU