ARTIKEL

PROMOSI... Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Datuk Sebastian Ting Chiew Yew, bersama wakil STB dan kementerian lain di ITB Berlin 2024. - Foto STB

Sarawak kukuhkan kedudukan sebagai destinasi pelancongan utama di ITB Berlin 2024 dengan ‘Gateway to Borneo’

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Sarawak mencuri tumpuan di ITB Berlin 2024 dengan pelancaran kempen ‘Gateway to Borneo’.

Selari dengan tema ITB Berlin 2024, ‘Take Travel Technology to the Next Level. Together’, Sarawak membuka lembaran pendigitalan baharu dalam pelancongan untuk berkongsi produk semula jadi yang menjadi kebanggaannya dengan dunia, disulami kebudayaan, kembara, alam semula jadi, makanan dan festival.

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Sarawak Tourism Board (STB) hari ini, kempen itu menandakan penjenamaan baharu dan meletakkan Sarawak pada kedudukan yang strategik sebagai gerbang utama ke Borneo, yang merangkumi Kalimantan, Sabah dan Brunei.

Melengkapi tema utama kempen ini adalah logo destinasi ‘Sarawak More to Discover’ yang baharu dan dikemas kini untuk meletakkan Sarawak sebagai sebuah destinasi yang kaya dengan kebudayaan, kegiatan kembara, alam semula jadi, makanan dan festival selain pengalaman tulen tidak dapat ditemukan di tempat lain di dunia, dan bakal ditemukan.

“Kami teruja merasmikan evolusi naratif pelancongan Sarawak dengan kempen ‘Gateway to Borneo’ kami,” kata Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah.

Baca lain  Sarawak pertimbang wujudkan kawasan perumahan untuk kakitangan awam

“Langkah strategik ini bukan sahaja mengukuhkan komitmen kami kepada pendigitalan tetapi juga mengetengahkan peranan penting Sarawak sebagai pintu masuk kepada keajaiban Borneo.”

Katanya, Sarawak menyasari ketibaan empat juta pelawat pada 2024.

STB juga menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Tischler Reisen (TR) untuk terus mengangkat keunggulan Sarawak dalam kalangan pelancong dari Eropah.

Dengan rekod terbukti TR selama 40 tahun dan jaringan 600 agensi di seluruh Jerman, Sarawak ingin mempamerkan pakej pelancongannya yang pelbagai, baik dalam mahupun luar talian, untuk menarik pelawat dari seluruh Eropah.

Selain itu, Festival Muzik Dunia Hutan Hujan (RWMF) yang meraikan ulang tahun ke-27 dari 28 hingga 30 Jun dengan tema ‘Evolution’, menggariskan sifat dinamik muzik yang melangkaui generasi dan kebudayaan.

“Tahun ini, RWMF mengetengahkan kuasa muzik yang transformatif sambil menyulam dan menyatukan kebudayaan dan alam sekitar.

“Pada waktu golongan milenia mewarisi festival ini, RWMF menjadi platform untuk menguatkan lagi suara peribumi dan kebijaksanaan yang sama dalam pemuliharaan hutan hujan,” kenyataan itu menambah.

Baca lain  KPDNHEP Sarawak keluarkan 72 kompaun terhadap premis perniagaan

Kerana usahanya mempromosikan amalan bertanggungjawab dan kelestarian bagi RWMF, STB baru-baru ini mendapat pengiktirafan antarabangsa apabila ia memenangi Anugerah Kempen PR Global Terbaik di Anugerah Forum Komunikasi Sedunia (WCFA), Davos, Switzerland, kerana inisiatif kelestariannya, ‘Nation’s Pride Award’ bagi Kecemerlangan Promosi Pelancongan di ‘BrandLaureate BestBrands Awards 2023’, dan dua anugerah emas di ‘Campaign of the Year Awards’ di Anugerah Perhubungan Awam Malaysia (MPRA).

BERITA LAIN

BERITA TERBARU