Sarawak dan Sabah dapat perhatian khusus di bawah Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030

KUCHING: Kerajaan Persekutuan akan memberi perhatian khusus kepada Sabah dan Sarawak melalui perancangan di bawah Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) bagi mengurangkan jurang pembangunan.

Perdana Menteri YAB Datuk Patinggi Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, WKB 2030 merupakan aspirasi yang didukung Kerajaan Perikatan Nasional (PN) dengan hasrat untuk melihat kemakmuran negara dikongsi bersama semua lapisan masyarakat.

“Bagi kedua-dua negeri ini, sudah tentulah perhatian yang khusus akan berikan kerana saya mahu melihat jurang pembangunan yang wujud di mana-mana wilayah di negara ini dapat diatasi.

“Sama ada orang Melayu, Cina, India, Iban, Melanau, Dayak, Bidayuh, Orang Ulu atau mana-mana etnik di Sarawak khususnya, tidak boleh dibiarkan ketinggalan menikmati peluang pembangunan yang kita usahakan bersama.

“Begitu juga saya tegaskan kepada rakan-rakan dalam kabinet dan pemimpin negeri bahawa kemakmuran yang kecapi mestilah diagihkan secara saksama,” katanya.

….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 02 Apr 2021

Suara Sarawak