ARTIKEL

Sarawak destinasi pilihan pelabur

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Beberapa pelabur telah mengukuhkan niat pelaburan dan mengemukakan permohonan untuk pertimbangan kerajaan berhubung cadangan pelaburan mereka di Sarawak, kata Timbalan Premier Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.

Katanya ia termasuk cadangan logam asas untuk projek komponen EV dari Hong Kong bernilai RM6.3 bilion; cadangan projek urea dan melamin dari China bernilai RM1.65 bilion; cadangan logam asas untuk projek komponen EV dari Australia bernilai RM900 juta dan cadangan projek kimia dari Korea Selatan bernilai RM 709 juta.

“Selain itu, terdapat pelabur baharu yang sedang dalam perbincangan awal dengan kerajaan untuk melaksanakan projek mereka di Sarawak termasuk cadangan logam asas untuk projek PV solar dari China bernilai RM5 bilion dan cadangan projek logam dari Jepun bernilai RM4.4 bilion.

“Ia juga melibatkan cadangan logam asas untuk projek komponen EV dari Australia bernilai RM3.04 bilion dan cadangan projek kimia dari China bernilai RM571 juta,” katanya dalam ucapan penggulungan Kementerian Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN), semalam.

BERITA LAIN

Mangsa kebakaran di Kampung Kelka disantuni

SIMUNJAN: Nasib mangsa kebakaran di Kampung Kelka Ulu, Simunjan, Abdul Rahman Abdullah terus mendapat perhatian dua wakil rakyat di kawasan terbabit iaitu Ahli Parlimen P.200

Guru wanita maut, Hilux bertembung Axia

KOTA SAMARAHAN: Seorang guru wanita maut setelah kenderaan dipandunya terlibat dalam kemalangan dengan pacuan 4×4 berdekatan Institut Memandu NB Motors Sdn Bhd di sini, tengah

Pertandingan fotografi, video pendek untuk belia

SIBU: Majlis Perbandaran Sibu (MPS) akan menganjurkan Pertandingan Fotografi Belia Antarabangsa Jalan Sutera Ketiga dan Pertandingan Video Pendek. Pengerusi penganjurnya pertandingan Kaunselor Michelle Law Wan

BERITA TERBARU

Hari Wesak disambut meriah seluruh negara

KUALA LUMPUR: Hari Wesak disambut meriah di seluruh negara dengan ribuan penganut Buddha memenuhi tokong di negeri masing-masing sejak awal pagi ini. Di Kuala Lumpur,