ARTIKEL

King Sing (tengah) merasmikan pelancaran Pameran Pelancongan Malaysia di ITB Shanghai, China, baru-baru ini. - Foto: FB Dato' Seri Tiong King Sing

Sarawak destinasi utama antara 11 destinasi pelancongan baharu di Malaysia ditampilkan di ITB Shanghai

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MUKAH: Sarawak merupakan salah satu daripada 11 destinasi pelancongan baharu yang ditampilkan dalam acara Shanghai International Travel Trade Show (ITB Shanghai) pada tahun ini.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing, berkata sebanyak 37 agensi pelancongan bekerjasama dengan Pameran Pelancongan Malaysia.

“Ini termasuk Pulau Pinang, Melaka, Negeri Sembilan, Perak dan Pahang.

“Selain itu, 15 hotel dan resort, dua persatuan pelancongan, lapan pengendali pelancongan, dua taman tema pemilik produk serta sebuah syarikat penerbangan turut ambil bahagian.

“Dalam pada itu, Sarawak juga merupakan acara kemuncak dan salah satu daripada 11 destinasi pelancongan baharu,” katanya menerusi satu hantaran di Facebooknya, kelmarin.

Sehubungan itu, bersempena dengan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik Malaysia dan China, beliau berharap agar pameran ini membuahkan hasil lumayan.

Ujarnya, ia diharap dapat meningkatkan lagi pengaruh pelancongan Malaysia di China dan menarik lebih ramai pelancong China ke Malaysia.

“ITB Shanghai ini merupakan salah satu pameran perdagangan pelancongan terbesar di China pada tahun 2024.

“Ia setanding dengan skala ITB Berlin dan ITB Asia, dengan kehadiran peserta dari lebih 80 negara,” tambahnya.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU