Pembantu pergigian maut dalam nahas jalan raya

Sarawak di bawah kerajaan GPS berada di landasan betul

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
DATUK SERI LEE KIM SHIN

BINTULU: Sarawak berada di landasan pemulihan ekonomi yang lebih kukuh dan berdaya tahan, kata Menteri Pengangkutan Sarawak (MOTS) Datuk Seri Lee Kim Shin.

Sekali gus, menunjukkan komitmen Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) dalam meningkatkan ekonomi Sarawak melalui Strategi Pembangunan Pasca Covid-19 (PCDS) 2030 untuk mencapai status berpendapatan tinggi menjelang 2030.

Menurutnya lagi, di bawah kepimpinan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, banyak pelan pembangunan berpaksikan rakyat dilaksanakan.

“Masih banyak lagi dalam perancangan untuk meningkatkan taraf hidup rakyat termasuk menaik taraf jalan raya, utiliti dan infrastruktur internet, pembangunan bakat, pengeluaran hidrogen serta kesalinghubungan udara dengan wilayah lain bagi memudahkan perjalanan logistik dan udara.

“Keputusan pilihan raya umum ke-15 (PRU-15) yang lepas menyaksikan GPS memenangi 23 daripada 31 kerusi Parlimen, menunjukkan bahawa rakyat Sarawak mempunyai keyakinan terhadap kerajaan GPS yang dipimpin Premier Sarawak,” katanya dalam perutusan Tahun Baharu, hari ini.

Dengan perwakilan yang lebih kukuh di peringkat Persekutuan, Lee menekankan bahawa kerajaan GPS akan terus berperanan untuk melindungi dan menuntut hak dan kepentingan Sarawak seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Sementara katanya, sempena tahun baharu yang akan datang, rakyat Sarawak diharap dapat bekerjasama dalam mengekalkan perpaduan demi masa depan bersama yang lebih baik.

“Pada masa sama, dapat mengekalkan Kerajaan Sarawak yang kuat dan stabil, seterusnya memberi manfaat kepada semua rakyat agar boleh menikmati hidup dalam keadaan aman, bersatu-padu, harmoni dan sentiasa maju ke hadapan,” katanya ringkas.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

Biskut kami halal

KUCHING: “Biskut buatan tangan kami halal,” demikian kata Anchong Tan

E-Paper

27 Mac 2023

Berita Terbaru