Pembantu pergigian maut dalam nahas jalan raya

Sarawak di belakang Kerajaan Perpaduan – Abang Johari

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
Abang Johari ketika berucap.

KUCHING: Pengalaman yang dimiliki Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam dunia politik mampu memimpin dengan baik dalam tempoh yang akan datang.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, kepimpinan beliau (Anwar) mempunyai hala tuju yang jelas untuk memacu Malaysia ke hadapan.

“Jangan khuatir, kita yakin dengan pengalaman yang dimiliki Datuk Seri (Anwar) dan akan berada di belakang kerajaan yang diterajui perdana menteri,” katanya.

Abang Johari ketika berucap.

Beliau berkata demikian ketika menyempurnakan Majlis Jamuan Negeri Bersama-sama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Pusat Konvensyen Borneo Kuching di sini, pada Jumaat.

Beliau menambah, bantuan turut diberikan sepanjang Anwar menjadi menteri persekutuan dan timbalan perdana menteri sebelum ini.

Justeru, Abang Johari menyeru agar kerjasama dengan kerajaan Persekutuan dijalankan untuk memacu negara ke hadapan.

Mengulas lanjut, hala tuju yang sama bersama-sama perdana menteri dalam memastikan pembangunan dari segi ekonomi dan taraf kehidupan rakyat dapat dilaksanakan.

“Oleh itu, diharap kerjasama ini dapat meneruskan pembangunan ekonomi yang mampan serta meningkatkan pendapatan rakyat di luar dan dalam bandar.

“Jika kita berada di dalam perahu yang sama, kita kayuh bersama-sama, pasti hasrat yang dimahukan dapat dicapai,” ujarnya ringkas.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

Biskut kami halal

KUCHING: “Biskut buatan tangan kami halal,” demikian kata Anchong Tan

E-Paper

27 Mac 2023

Berita Terbaru

Biskut kami halal

KUCHING: “Biskut buatan tangan kami halal,” demikian kata Anchong Tan