Trending

Sarawak dijangka ambil alih Pelabuhan Bintulu, MASwings tahun ini

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

KUCHING: Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg yakin Sarawak akan dapat mengambil alih Pelabuhan Bintulu dan MASwings Sdn Bhd dalam tahun ini.

Katanya pengambilalihan itu adalah dua daripada tiga perkara yang sedang dirunding antara Kerajaan Sarawak dengan Putrajaya.

“Kita sedang berunding mengenai tiga perkara yang sekarang dikuasai oleh kerajaan pusat dan berkemungkinan ia akan diserah balik kepada Sarawak.

“Pertamanya adalah Pelabuhan Bintulu, kedua MASwings dan ketiga kita tunggu dulu…diharapkan ia dapat selesai dalam tahun ini,” katanya ketika ditemu-bual pada Majlis Sambutan Ulang Tahun Ke-5, Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) di sebuah hotel terkemuka sini, malam tadi.

Hadir sama Timbalan Premier Datuk Seri Dr Sim Kui Hian, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Datuk Amar Tan Sri Mohammad Asfia Awang Nassar dan Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan Unit Komunikasi Awam Sarawak) Datuk Abdullah Saidol.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

22 September 2023

Berita Terbaru