ARTIKEL

NOVEL LYNDON

Sarawak diperintah tanpa campur tangan Kerajaan Persekutuan – Penganalisis Politik

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Ketegasan Allahyarham Tun Abdul Taib Mahmud memastikan Sarawak terus kekal di bawah pentadbiran parti politik dari Sarawak sendiri, tanpa campur tangan Kerajaan Persekutuan.

Penganalisis Sosiologi Politik Sarawak Profesor Madya Dr Novel Lyndon berkata, beliau adalah tokoh yang memastikan hak Sarawak yang terkandung di dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dipertahankan.

“Sebagai contoh dalam aspek imigresen dan kemasukan parti politik dari Semenanjung Malaysia ke Sarawak, beliau mengekang hasrat Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) untuk melebarkan sayap ke Sarawak.

“Signifikannya membawa kepada kestabilan politik sehingga hari ini,” katanya di sini, hari ini.

Jelasnya, tanpa kestabilan politik yang kukuh, sebarang hala tuju pembangunan tidak akan dapat dilaksanakan.

“Sehingga kita dapat menyaksikan, Taib berjaya memastikan Sarawak terus kekal di bawah pentadbiran parti politik dari Sarawak.

“Beliau berjaya memastikan Sarawak diperintah oleh orang Sarawak tanpa campur tangan daripada Kerajaan Persekutuan.

“Hubungan atau semangat federalisme antara negeri terus dikekalkan dan suhunya turut diredakan semasa pentadbirannya,” ujarnya.

Baca lain  STU: Sedia garis panduan jelas pengambilan khas guru

Novel turut menyatakan Taib dalam pada itu memberi sumbangan sangat besar kepada Sarawak dalam aspek perpaduan antara etnik, yang sehingga kini orang Sarawak kekal meraikan kepelbagaian tanpa mengira agama, fahaman politik dan latar belakang budaya.

Dalam masa yang sama tambahnya, sumbangan lain yang sangat signifikan adalah dalam pembangunan ekonomi melalui transformasi luar bandar dan pembinaan infrastruktur.

“Saya secara peribadi merasakan beliau layak dianugerahkan sebagai arkitek pembangunan.

“Sudah pasti, pemergian Taib adalah satu kehilangan besar kepada Sarawak,” katanya.

BERITA LAIN

Bacaan IPU Sarawak baik, sederhana

KUCHING: Indeks Pencemaran Udara (IPU) di seluruh Sarawak menunjukkan bacaan baik dan sederhana serta tiada bacaan tidak sihat direkodkan susulan letusan Gunung Ruang di Sulawesi

ADUN Repok lawat dua pesakit warga emas

SARIKEI: Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Datuk Seri Huang Tiong Sii melawat dua warga emas yang terlantar sakit di kediaman mereka, pada Khamis.

Pesta Beras Adan 2024 di Ba’Kelalan

LAWAS: Ba’Kelalan mempunyai potensi besar untuk dipasarkan dan dipromosikan sebagai destinasi pelancongan ekologi. Yang Dipertua Dewan Negara, Senator Datuk Mutang Tagal berkata demikian susulan pelbagai

BERITA TERBARU

Sarawak nyadi pengeluar besai lada ba Malaysia

MINDY VELARIE CASILYSuarasarawak.news@gmail.com SERIAN: Sarawak dirikod ngeluarka 31,994 tan metrik lada ba taun 2023. Sapit Menteri Industri Pemakai, Komoditi, enggau Pemansang Wilayah (M-FICORD), Datuk Martin

Simunjan deka disikap ngena palan komersial

SIMUNJAN: Projek pemansang komersial ba sitak Simunjan bisi pengulih nyungkak ekonomi peranak lokal kelebih agi bala pedagang mit. Projek nya mungkur pengawa ngaga medan selera,