ARTIKEL

Sarawak diunjur menerima 4 juta pelancong tahun hadapan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

SIMANGGANG: Sarawak diunjur menerima 4 juta pelancong tahun hadapan.

Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Datuk Sebastian Ting Chiew Yew berkata, kementeriannya berada di landasan tepat untuk mencapai sasaran tiga juta pengunjung sehingga akhir tahun ini yang akan menjana anggaran RM7.6 bilion hasil pelancongan.

“Justeru pada tahun hadapan, kementerian mengunjurkan untuk menerima empat juta pelawat dengan membawa masuk anggaran RM9.76 bilion hasil pelancongan.

“Seterusnya, menyumbang sekitar 6.97 peratus kepada anggaran Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Sarawak,” katanya.

ADUN Piasau itu berkata demikian pada sidang media selepas Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Pelancongan Negeri (STCC) Bil 2/2023 di salah sebuah hotel terkemuka dekat sini, hari ini.

Sejak Januari hingga September tahun ini jelasnya, Sarawak menerima 2.9 juta ketibaan pelawat.

“Ia peningkatan sebanyak 154.24 peratus berbanding tempoh sama pada 2022, dan menjana RM7.36 bilion hasil pelancongan dan menyumbang 5.25 peratus kepada KDNK Sarawak,” ujarnya.

LAIN-LAIN BERITA

Kebakaran belukar di Lawas terkawal

LAWAS: Kebakaran belukar dilaporkan di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah baharu di Jalan Bating di sini pada pukul 9 pagi tadi. Seramai 12 anggota dari

Berita yang menyedihkan – Datuk Sim Kiang Chiok

KUCHING : Pengerusi Persatuan Pemaju Perumahan dan Hartanah Sarawak (SHEDA) Cawangan Kuching Datuk Sim Kiang Chiok, menyifatkan pemergian bekas Yang di-Pertua Negeri Tun Abdul Taib

BERITA TERBARU

Lenyau mentor ti bepenau

KUCHING: Penau Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud enggau bisi runding strategik mujur mai pemansang moden ngagai Sarawak. Menteri Industri Pemakai, Komoditi enggau Pemansang Wilayah