ARTIKEL

Sarawak fokus ambil alih MASwings

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Kerajaan Sarawak dijangka bakal menyediakan peruntukan khusus untuk mengambil alih syarikat penerbangan MASwings dalam Belanjawan 2024.

Penganalisis Politik, Dr Ammar Redza Ahmad Rizal berkata, ia sebagai usaha berterusan Kerajaan Sarawak untuk mengambil alih syarikat penerbangan MASwings dan dijadikan sebagai syarikat penerbangan milik negeri.

Menurutnya, tidak mustahil jika peruntukan khas bagi tujuan itu turut disediakan dan dibentangkan dalam Belanjawan Sarawak 2024.

“Antara yang harus diberikan tumpuan adalah peruntukan untuk mengambil alih syarikat penerbangan MASwings dan dijadikan sebagai syarikat penerbangan serantau milik Sarawak,” katanya ketika dihubungi Suara Sarawak semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai jangkaan Belanjawan Sarawak 2024 yang dibentangkan oleh Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN), hari ini.

LAIN-LAIN BERITA

SEDAR mahu belajar daripada GPS untuk majukan Sabah

KUCHING: Parti Sedar Rakyat (SEDAR) bersedia untuk mengadakan rundingan kerjasama dengan Gabungan Parti Sarawak (GPS). Presidennya, Datuk Othman Abdillah berkata, usaha itu bagi memastikan Sedar

Cubaan tiga lelaki curi kereta gagal

KOTA SAMARAHAN: Cubaan tiga lelaki melarikan sebuah kereta di Taman Uni Garden gagal apabila diberkas polis selepas terbabas di Jalan Stutong, pada malam Selasa. Pemangku

BERITA TERBARU

Kesihatan Tze Yong diutamakan BAM – Norza

KUALA LUMPUR: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengambil pendekatan tidak terlalu memberi tekanan kepada pemain perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong, dalam usaha mengejar slot ke