ARTIKEL

Sarawak guna jurulatih import?

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

    KUCHING: Ketua Pegawai Eksekutif, Perbadanan Sukan Sarawak (SSC), Awang Putrayusrie Awang Redzuan mengakui, pihaknya tidak menolak kemungkinan untuk menggunakan khidmat jurulatih import bagi membentuk skuad bola sepak dalam mengharungi temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2024.

    Bagaimanapun, segalanya bergantung kepada situasi dan keputusan berhubung perkara masih belum dimuktamadkan lagi.

    “Untuk mencapai satu impak yang besar, kita perlu membuat perubahan. Justeru, mungkin kita menggunakan khidmat jurulatih luar negara dan akan dibantu jurulatih tempatan

    “Segalanya bergantung kepada keadaan, jika inginkan kejuaraan perlu berani buat perubahan,” ujar Awang Putrayusrie kepada Arena Suara Sarawak.

    Beliau menegaskan, kredibiliti jurulatih import mahupun tempatan mempunyai karektor berbeza mencakupi pelbagai aspek.

    Beliau turut memberitahu, calon ketua jurulatih masih belum dimuktamadkan setakat ini.

    Katanya, individu yang akan diberi tanggungjawab membentuk pasukan bagi menghadapi temasya Sukma 2024 akan diketahui pada bulan Ogos depan.

    BERITA LAIN

    Atlet Pahang sudah fokus untuk SUKMA di Sarawak

    KUANTAN: Atlet Pahang yang akan terlibat dengan temasya Sukan Malaysia (SUKMA) Ke-21 di Sarawak bulan depan sudah mula direhatkan daripada menyertai sebarang kejohanan ketika ini,

    Harimau Malaya duduki anak tangga ke-134 dunia

    KUALA LUMPUR: Skuad Harimau Malaya melonjak satu anak tangga untuk menduduki tempat ke-134 dunia berdasarkan ranking terbaharu Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) semalam. Mengikut laman web

    BERITA TERBARU