Pembantu pergigian maut dalam nahas jalan raya

Sarawak had tanaman sawit, beralih kepada industri makanan

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
Abang Johari (tiga kanan) bersama-sama tetamu kehormat lain melakukan simbolik Sarawak Agrofest 2022 dan Festival Gastronomi Nyamai Sarawak 2022 di Kuala Lumpur, hari ini.

 

Abang Johari (tengah) bercakap pada sidang media selepas melancarkan Sarawak Agrofest 2022 dan Festival Gastronomi Nyamai Sarawak 2022 di Kuala Lumpur, hari ini. Turut kelihatan Menteri Pemodenan Pertanian Dan Pembangunan Wilayah Dato Sri Dr. Stephen Rundi Utom (kiri).

KUCHING: Sarawak telah mengehadkan penggunaan tanah bagi penanaman kelapa sawit walaupun ia adalah eksport terbesar bagi negeri ini, demi beralih kepada industri makanan.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata langkah itu diambil kerana makanan sangat penting untuk negara dari sudut keselamatan makanan.

Justeru, katanya pendekatan Sarawak sekarang adalah dengan membangunkan Taman Agro yang dilengkapi dengan semua infrastruktur digital dan sistem saliran yang baik.

“Kami sedang membina Taman Agro, yang serupa dengan taman perindustrian tetapi ini khusus untuk produk pertanian dan pengeluaran pertanian.

“Kami boleh membuka 1,000 ekar tanah dengan membina infrastruktur asas,” katanya ketika melancarkan Sarawak Agrofest 2022 dan Festival Gastronomi Nyamai Sarawak 2022 di Kuala Lumpur, hari ini.

Menjelas lanjut, Abang Johari berkata Taman Agro itu akan dibuka pelbagai tempat terutama di kawasan Bintulu dan Kuching yang berhampiran dengan pelabuhan.

“Ia bukan sahaja untuk penggunaan domestik tetapi mestilah berorientasikan eksport.

“Dasar jangka panjang kami adalah menjadi pengeksport bersih makanan dan bukannya pengimport,” katanya.

Dalam pada itu, Abang Johari berkata pelabur dari sektor swasta juga akan ditempatkan di Taman Agro berkenaan dan mereka juga boleh membantu dengan membeli produk (hasil pertanian) daripada pekebun kecil.

Menurutnya, Sarawak mempunyai banyak potensi dalam bidang pertanian termasuk padi, sayur-sayuran, ayam, ikan dan udang serta banyak lagi.

Katanya pada masa ini, selain mengeksport beberapa produk pertanian seperti ikan Tilapia ke Singapura, Sarawak juga mengeksport udang ke pasaran luar negara.

Sehubungan itu, beliau yakin menjelang 2030, Sarawak mampu menjadi pengeksport bersih sumber makanan sekali gus dapat membendung keperluan rakyat untuk tidak terjejas oleh kuasa pasaran.

Abang Johari (tiga kanan) bersama-sama tetamu kehormat lain melakukan simbolik Sarawak Agrofest 2022 dan Festival Gastronomi Nyamai Sarawak 2022 di Kuala Lumpur, hari ini.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

Biskut kami halal

KUCHING: “Biskut buatan tangan kami halal,” demikian kata Anchong Tan

E-Paper

27 Mac 2023

Berita Terbaru