Sarawak hampiri kemenangan melawan Petronas

KUCHING: Sarawak menghampiri kemenangan setelah Mahkamah Tinggi menolak permohonan Petronas untuk menangguhkan pelaksanaan cukai jualan (SST) terhadap produk petroleum yang digali di negeri ini.

Menteri Muda Undang-Undang, Hubungan Kerajaan Negeri-Persekutuan dan Pemantauan Projek Datuk Sharifah Hasidah Aman Ghazali berkata, keputusan itu amat bermakna buat Sarawak sekali gus membuktikan kemajuan dalam kes terbabit.

“Dengan kata lain, kita (Sarawak) menang menentang Petronas.

“Malah, buat pertama kalinya perdebatan, pertimbangan dan keputusan dilakukan dalam talian,” katanya menerusi hantaran di Facebook rasminya semalam.

Ujar Hasidah, ia adalah cara Sarawak dalam frateniti undang-undang bagi memperjuangkan haknya.

Terdahulu, Hakim Mahkamah Tinggi Kuching, Azhahari Kamal Ramli memutuskan bahawa Dun dan Kerajaan Sarawak berhak menggubal Ordinan Cukai Jualan Negeri berdasarkan Perlembagaan Malaysia dan Perjanjian Malaysia 1963 serta Laporan Jawatankuasa Antara-Kerajaan (IGC).

Suara Sarawak