ARTIKEL

BERCAKAP...Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg

Sarawak hantar pakar kaji potensi kesan letusan Gunung Ruang terhadap Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kerajaan Sarawak telah mengerahkan pakar saintifik untuk meneliti sama ada insiden letusan Gunung Ruang di Sulawesi Indonesia berpotensi mampu memberi kesan kepada Sarawak atau sebaliknya.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, sebarang tindakan susulan akan bergantung kepada nasihat pakar di samping pelaksanaan pemantauan secara ketat akan terus dilaksanakan.

“Sehingga ia (asap letupan ke Sarawak) berlaku baru kita tahu. Mungkin boleh terjadi yang mana angin boleh membawanya ke tempat lain tapi tengok kepada nasihat para pakar.

“Hal ini kerana Sulawesi terletak di sebelah utara sebab itu Kota Kinabalu terkesan melihat kepada keadaan angin manakala kita di selatan mungkin tidak dan saya fikir dayanya sudah berkurang,” katanya.

Beliau berkata demikian berhubung langkah Kerajaan Sarawak berhubung potensi asap letupan gunung Ruang masuk ke Sarawak ketika ditemui pemberita pada majlis rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi di Taman Gaya, Petra Jaya, di sini, pada Khamis.

Mengulas lanjut, beliau berpendapat zarah asap kesan daripada insiden terbabit antara yang membimbangkan berikutan ia mampu menjejaskan ruang udara sehingga menyebabkan aliran penerbangan berkaitan terjejas.

Terdahulu, laporan menunjukkan asap gunung berapi itu dilaporkan memasuki wilayah maklumat penerbangan (FIR) Kota Kinabalu sehingga mengganggu beberapa laluan udara dan lapangan terbang di kawasan tersebut.

Bagaimanapun, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengesahkan kualiti udara di Malaysia Timur tidak menjejaskan kualiti udara permukaan di Sabah dan Sarawak seperti yang dibuktikan oleh Indeks Pencemaran Udara (IPU).

Menurut MetMalaysia, letusan Gunung Ruang berlaku pada 16 April jam 9.45 pagi.

Indonesia sejak itu telah menaikkan amaran letusan gunung berapinya kepada tahap 4 (AWAS), menjangkakan gunung berapi Ruang kekal aktif dan mungkin meletus dari semasa ke semasa.

MetMalaysia menyatakan bahawa ia akan terus memantau kesan letusan itu, dan orang ramai digesa untuk kekal dimaklumkan melalui laman web rasmi MetMalaysia www.met.gov.my, saluran media sosial, dan aplikasi MyCuaca untuk maklumat terkini dan tepat cuaca.

BERITA LAIN

15 PATI gagal masuk Sarawak

KUCHING: Tentera Darat Malaysia (TDM) berjaya menggagalkan cubaan seramai 15 pendatang asing tanpa izin (PATI) masuk ke Sarawak menggunakan lorong tikus di Sektor Pos GABMA

Reruai Sarawak curi perhatian pengunjung

KUCHING: Sambutan Hari Muzium Antarabangsa tahun ini mendapat pujian ramai termasuk Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah. Majlis

10 gadis jelita rebut gelaran Kumang Gawai

SIBU: Seramai 10 gadis jelita merebut gelaran Kumang Gawai Dayak Sibu 2024 yang akan berlangsung sempena Majlis Makan Malam Mantar Gawai Dayak Peringkat Bahagian Sibu

BERITA TERBARU

15 PATI gagal masuk Sarawak

KUCHING: Tentera Darat Malaysia (TDM) berjaya menggagalkan cubaan seramai 15 pendatang asing tanpa izin (PATI) masuk ke Sarawak menggunakan lorong tikus di Sektor Pos GABMA