Restoran Puzzle saji pelbagai menu istimewa pakej bufet Ramadan

Sarawak hargai peruntukan baik pulih sekolah, klinik

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email

KUCHING: Sarawak tetap berterima kasih dengan Kerajaan Persekutuan atas peruntukan pembangunan sebanyak RM5.6 bilion walaupun jumlah tersebut tidak mencukupi.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, beliau menghargai usaha Kerajaan Persekutuan untuk membaik pulih sekolah dan klinik daif di negeri ini menerusi Belanjawan 2023 yang dibentangkan pada Jumaat.

Menurutnya, kedua-dua prasarana tersebut amat diperlukan dan penting untuk rakyat negeri ini dan sememangnya perlu diberikan perhatian.

“Untuk Sarawak walaupun kita rasa jumlah tersebut tidak mencukup tetapi saya tetap berterima kasih.

“Kerajaan Sarawak memang hendak membantu rakyat terutamanya yang tinggal di kawasan miskin dan luar bandar. Termasuk dalam membina infrastruktur asas seperti projek jalan pesisir, jalan raya, bekalan api dan bekalan air.

“Saya juga sudah memberitahu Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa kerajaan negeri akan meneruskan pembinaan semua keperluan tersebut, tetapi jika Persektuan hendak memberi peruntukan tambahan, memang dialu-alukan,” katanya.

Abang Johari yang juga Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS) berkata demikian pada sidang media selepas Lawatan Tapak dan Sesi Taklimat untuk Projek Pembinaan dan Penyiapan Jalan Sungai Maong ke Segedup Bahagian Kuching, di sini, hari ini.

Sementara mengulas mengenai usaha membasmi kemiskinan, Abang Johari berkata ia boleh dilakukan melalui dua pendekatan iaitu pendidikan dan pembinaan infrastruktur yang baik.

E-Paper

21 Mac 2023

Latest News