ARTIKEL

Sarawak jadi rujukan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

PADA 2018, Sarawak mula mengorak langkah membangunkan loji pengeluaran hidrogen.

Ketika itu juga terlakar sejarah tersendiri buat Sarawak apabila menjadi negeri pertama di rantau Asia Tenggara membangunkan loji dan stesen pengisian bahan api itu.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bercita-cita memandu Bumi Kenyalang untuk menjadi pengeluar hidrogen.

“Saya harap projek ini dapat menjadikan Sarawak sebagai negeri pengeluar dan pengeksport tenaga hijau dunia pada masa akan datang.

“Dan mungkin suatu hari nanti kita jadi pengeluar utama hidrogen ke pasaran dunia terutama jika dapat menghasilkannya di negeri ini selain mengubah landskap industri menjadi pengeksport gas bersih,” katanya.

Tetapi hari ini setelah kira-kira enam ke tujuh tahun berlalu, usaha itu hampir direalisasikan.

Kerana, menjelang tiga tahun lagi Sarawak bakal menjadi pengeksport tenaga yang boleh diperbaharui khasnya hidrogen kepada negara luar pada 2027.

Memang ia memerlukan masa yang panjang, tetapi hasilnya sudah dapat dilihat.

Kesungguhan Abang Johari dan Kerajaan Sarawak cukup jelas.

Baca lain  Hikmah masyarakat majmuk

Sebab itu pada Mei tahun lalu, Abang Johari diberi penghormatan untuk menyampaikan ucapan pada Sidang Kemuncak dan Pameran Hidrogen Dunia 2022 di Rotterdam, Belanda. Bukan calang-calang.

Ketek ajak! Difahamkan kira-kira 3,500 pemimpin dan pemain industri dalam penerokaan teknologi hidrogen dari seluruh dunia menghadiri persidangan berkenaan.

Abang Johari diberi tempoh 20 minit sebagai penceramah kedua untuk membuat pembentangan bertajuk “Mempercepat Ekonomi Hidrogen Global: Cara Sarawak”.

Benarlah dan bukan lagi angan-angan Mat Jenin, Sarawak ialah negeri perintis dalam penerokaan teknologi hidrogen.

Ia menyaksikan penyediaan kemudahan pengeluaran hidrogen pertama di Kuching dan menjalankan percubaan dua unit bas berkuasa hidrogen.

7,000 TAN HIDROGEN

Sarawak bukan hanya mempunyai kekayaan sumber, tetapi juga memiliki kepakaran dan teknologi, maka potensi Sarawak sangat luas, khususnya dari sudut dasar Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) Malaysia.

Sebab itu Abang Johari berani mengatakan kemungkinan Sarawak boleh menjadi “penentu”. Penentu sebagai pengeksport tenaga yang boleh diperbaharui khasnya hidrogen kepada negara luar.

Baca lain  Ke mana selepas SPM?

Untuk menjayakannya, komitmen Sarawak melengkapkan fasiliti dan teknologi, misalnya bakal mempunyai loji yang mampu menghasilkan hidrogen.

Ini memandangkan, penggunaan hidrogen tidak hanya terhad untuk eksport tetapi juga kegunaan domestik.

Lebih kurang 7,000 tan hidrogen disimpan untuk kegunaan dalaman.

Hidrogen ini akan menjadi sumber tenaga bagi industri yang berkembang pesat di Sarawak, serta menyokong pertumbuhan ekonomi negeri.

Kos menghasilkan hidrogen agak tinggi.

Tetapi ibarat peribahasa, kalau takut dilambung ombak jangan berumah di tepi pantai.

Kerajaan Sarawak mengambil risiko kerana tiada yang mudah.

Bagaimanapun Abang Johari percaya dengan teknologi, kos penghasilan tenaga hidrogen akan berkurangan hasil kemajuan teknologi pada elektroliser dari semasa ke semasa.

Ditambah Sarawak sangat bertuah kerana mendapat banyak rakan kongsi dari luar negara, yang sanggup melabur dalam penghasilan tenaga hijau itu di negeri ini.

Pada Persidangan Peralihan Tenaga Borneo (BETC-2024) baru-baru ini menyaksikan pertukaran tiga Memorandum Persefahaman (MoU) berkaitan pembangunan hidrogen.

Ia antara Sarawak Hidrogen Hub dan Gentari; Rembus H2 Plant dan Sarawak Metro dan ketiganya Perjanjian Pembangunan Bersama (JDA) dengan Samsung Engineering, Lotte Chemical dan Korea National Oil Corporation (KNOC).

Baca lain  Jualan Rahmah bantu kurangkan kos sara hidup

BETC-2024 adalah langkah persediaan untuk memacu penerokaan dan kemajuan penyelesaian tenaga mampan.

Persidangan menghimpunkan pemegang kepentingan dari seluruh sektor tenaga, termasuk pegawai kerajaan, pemimpin industri, profesional kewangan dan ahli akademik.

Melalui perbincangan panel dan sesi interaktif, perwakilan meneroka teknologi baharu, berkongsi amalan terbaik dan menjalin perkongsian strategik untuk mempercepat peralihan kepada tenaga mampan.

BERITA LAIN

Budaya bermaafan, elak sengketa

SETIAP kali Hari Raya Aidilfitri, ia peluang terbaik untuk meminta maaf atas segala kesalahan dalam sedar ataupun tidak. Walaupun ungkapan tersebut ringkas, tetapi ia mempunyai

Adab bertamu

UMAT Islam di Malaysia dijangka merayakan sambutan Aidilfitri pada Rabu ini, 1 Syawal 1445 Hijrah bersamaan 10 April 2024. Bermakna tamatlah perjuangan Ramadan yang penuh

Wanita perlu bijak kawal emosi

TIDAK dinafi kan, wanita memikul tanggungjawab besar sebagai isteri, ibu, penjaga keluarga, pengurus rumah tangga dan warga kerja negara. Di Malaysia, tenaga kerja wanita berdaftar

Bahang Aidilfitri semakin terasa

UMAT Islam menghitung hari untuk menyambut hari besar itu. Kini rancak di mana-mana, ramai yang sibuk membeli persiapan raya yang dijangka jatuh pada 10 April

KE MANA SELEPAS SPM?

SELEPAS tingkatan lima, umumnya selepas Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), ramai melihat opsyen di pelbagai institusi pendidikan tinggi (IPT), khasnya universiti untuk menyambung pelajaran. Pelbagai pihak,

Sepakat soal pendidikan

LEBIH banyak persepakatan antara Kerajaan Persekutuan dengan kerajaan negeri perlu dicapai untuk manfaat rakyat. Khamis lalu menyaksikan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memberi kuasa kepada Pengarah

BERITA TERBARU

PDRM

Suspek kes amang seksual ditahan di Miri

SRI AMAN: Suspek lelaki dikehendaki polis yang disyaki melakukan amang seksual terhadap seorang kanak-kanak perempuan di kawasan tanah perkuburan lama, Kampung Kubal, Betong ditahan Jumaat

Pemancing udang jumpa mayat terapung

MIRI: Sembilan pemancing udang galah dikejutkan dengan penemuan mayat seorang lelaki dalam keadaan tidak sempurna di Sungai Kuala Baram di sini, hari ini. Ekoran itu,