ARTIKEL

Sarawak jadi teladan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

SANTUBONG: Sarawak merupakan negeri terawal yang berjaya menyiapkan Projek Point of Presence (PoP) Fasa Dua apabila sekitar 10 peratus daripada 681 projek berkenaan telah siap setakat November lalu.

Demikian dedah Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital Teo Nie Ching yang berkata, baki 90 peratus PoP di negeri ini dijangka siap menjelang Oktober 2025 oleh Syarikat Borneo Restu Sdn. Bhd.

“Borneo Restu setakat ini merupakan juara dalam projek PoP Fasa Dua ini kerana di antara semua zon di Malaysia, syarikat ini merupakan syarikat yang paling cepat siapkan projek mereka. 

“Ini menunjukkan Sarawak boleh menjadi satu teladan bagus untuk seluruh Malaysia.

Saya yakin projek ini dapat disiapkan sebelum jangka masa yang ditetapkan dan syarikat lain yang dapat kontrak di bawah PoP Fasa Dua ini boleh belajar daripada Borneo Restu,” katanya dalam lawatan tapak PoP2 di Sekolah Kebangsaan (SK) Santubong di sini, semalam. 

Menjelas lanjut, beliau berkata, penyiapan projek ini akan memberi peluang kepada peningkatan ekonomi di kawasan luar bandar.

“Sokongan infrastruktur jalur lebar gentian optik berkelajuan tinggi dan stabil ini menyediakan kebolehcapaian pendigitalan yang cekap dan berupaya menggalakkan pengembangan aktiviti industri, meningkatkan pelaburan khususnya di kawasan industri baru sekali gus menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara.

“Selain itu, ia membolehkan pengguna mendapat akses kepada maklumat yang lebih luas, menggalakkan pemindahan teknologi di peringkat global serta pemprosesan automasi yang lebih baik untuk membantu industri menyesuaikan diri dengan cabaran dan peluang perniagaan dalam era ekonomi digital.

“Sebab itu, saya berharap infrastruktur telekomunikasi yang disediakan ini dapat dimanfaatkan sebaik-baiknya oleh rakyat untuk meningkatkan taraf hidup dan meneroka gaya hidup baharu yang lebih berkualiti,” katanya lagi.

Susulan itu, Teo menegaskan inisiatif PoP ini komitmen kerajaan untuk menggalakkan penggunaan teknologi oleh semua lapisan masyarakat sama ada di bandar atau luar bandar.

Bagi Sarawak, katanya, sebanyak 748 PoP telah dirancang sepanjang Fasa Satu dan Dua dan melalui PoP Fasa Satu, RM84 juta diperuntukkan untuk Syarikat Perkhidmatan Teknologi TM dan RM4.4 juta untuk VC Telecoms Sdn. Bhd.

“Menerusi PoP Fasa Satu, 60 PoP telah berjaya disiapkan sepenuhnya oleh Syarikat TM Technology Services dan mempunyai 2,862 langganan. 

“Tujuh PoP turut disiapkan oleh Syarikat VC Telecoms Sdn. Bhd. di kawasan perindustrian di seluruh Sarawak yang juga tersedia untuk di langgan oleh pengusaha-pengusaha kilang dan penduduk disekitarnya. 

“Secara keseluruhan sehingga kini sebanyak 7,410 port telah dibangunkan dan sedia dilanggan oleh rakyat Sarawak,” jelasnya.

LAIN-LAIN BERITA

SEDAR mahu belajar daripada GPS untuk majukan Sabah

KUCHING: Parti Sedar Rakyat (SEDAR) bersedia untuk mengadakan rundingan kerjasama dengan Gabungan Parti Sarawak (GPS). Presidennya, Datuk Othman Abdillah berkata, usaha itu bagi memastikan Sedar

Cubaan tiga lelaki curi kereta gagal

KOTA SAMARAHAN: Cubaan tiga lelaki melarikan sebuah kereta di Taman Uni Garden gagal apabila diberkas polis selepas terbabas di Jalan Stutong, pada malam Selasa. Pemangku

BERITA TERBARU