ARTIKEL

Sarawak jalankan kajian ukur kadar kemiskinan rakyat

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KOTA SAMARAHAN: Kerajaan Sarawak bakal menjalankan satu kajian bebas untuk mengukur kadar kemiskinan di negeri ini.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, kajian yang akan dijalankan oleh Unit Perancang Ekonomi (EPU) Sarawak itu dijangka siap dalam tahun ini.

“Kajian mendalam dan menyeluruh itu tersebut kelak akan dijalankan oleh golongan profesional termasuk pakar ekonomi dan pakar penyelidik.

Setakat ini ia belum dijalankan kerana kita mahu mencari pakar dalam bidang kemiskinan.

“Tinjauan ini bertujuan untuk memperoleh data serta statistik semasa yang boleh digunakan untuk kerajaan membuat polisi baharu dalam usaha membasmi kemiskinan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Dun Stakan anjuran Adunnya Datuk Hamzah Brahim di Pusat Khidmat Dun Stakan, di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa Kerajaan Perpaduan nekad menoktahkan masalah kemiskinan tegar yang masih membelenggu rakyat negara ini, khususnya Sarawak antara negeri yang masih mencatatkan paras kemiskinan tegar tinggi.

Tambahnya, terdapat laporan mengatakan Daerah Pakan merupakan kawasan termiskin di negara ini, namun kita melihat penduduk mereka masih boleh membeli kereta dan ini kerana hasil tanah mereka yang baik serta harga pasaran lada yang menggalakkan.

“Oleh itu, saya telah berbincang dengan Perdana Menteri dan Menteri Ekonomi Rafizi Ramli bahawa kita mesti menjalankan kajian holistik mengenai perkara ini.

“Selagi tersenarai dalam senarai e-kasih, mereka akan dikategorikan sebagai miskin walaupun keadaan sebenarnya mereka tidak miskin serta sudah berubah.

Maka mereka ini mesti dikecualikan daripada e-kasih,” tegasnya.

Bagi mengukur kemiskinan, katanya kajian yang tidak berat sebelah dan profesional perlu dilakukan.

BERITA LAIN

Projek tebatan banjir dilaksana

KUCHING: Projek Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Sarawak iaitu projek tebatan banjir di beberapa lokasi di sini akhirnya dapat dilaksanakan. Setiausaha Politik Premier, Kho Teck

BERITA TERBARU