ARTIKEL

Abang Johari (tengah) ditemui pemberita di Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Pengerusi SADA, Datuk Seri Rohani Abdul Karim, hari ini.

Sarawak kaji gelombang laut untuk hasilkan tenaga hijau

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sarawak bakal menghasilkan tenaga hijau baharu menggunakan gelombang laut sebagai sumber tenaga elektrik.

Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata kajian ombak bakal dilakukan di lautan Samalaju, Bintulu bagi melihat hasil jumlah sumber tenaga yang dapat diperoleh.

“Kajian prototaip ini akan dilakukan empat kilometer dari tengah lautan Samalaju.

“Penghasilan tenaga yang menggunakan gelombang laut itu mengikut teknologi baharu dari Shanghai, China,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita semasa menghadiri Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Pengerusi Agensi Pembangunan Sri Aman (SADA), Datuk Seri Rohani Abdul Karim.

Ujarnya, eksperimen ombak laut berhampiran Samalaju di Bintulu itu dilakukan untuk mengkaji hasil tenaga yang bakal diperoleh.

“Jika sasaran ini berjaya dicapai, Sarawak akan menjadi kuasa besar dari segi sumber tenaga di dunia,” katanya.

Tambahnya, kini Kerajaan Sarawak telah berjaya mengenal pasti sumber tenaga hijau yang lain selain daripada tenaga solar dan biomass.

Terdahulu, beliau menyatakan bahawa Sarawak bakal mengeluarkan tenaga elektrik sekitar sepuluh gigawatt menjelang tahun 2030 dengan sasaran menggunakan kaedah baharu iaitu empangan melata.

NOTIS TENDER

BERITA LAIN

1 Rumah 1 Jalur Gemilang, pupuk semangat kebangsaan

KUCHING: Kempen 1 Rumah 1 Jalur Gemilang (1R1JG) diperkenalkan dan dilancar Kementerian Komunikasi merupakan satu simbolik bagi menggerakkan hati rakyat Malaysia. Menteri di Jabatan Premier

Sarawak dapat peruntukan RM1.5 bilion dari KKDW

SARIKEI: Sarawak terus mendapat perhatian Kerajaan Persekutuan apabila menerima peruntukan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) sebanyak RM1.5 bilion di bawah Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12).

BERITA TERBARU

Kes COVID-19 meningkat 14.8 peratus – KKM

PUTRAJAYA: Jumlah kes COVID-19 meningkat 14.8 peratus kepada 1,230 kes pada Minggu Epidemiologi ke-20 (ME 20/2024) iaitu bagi tempoh 12 Mei hingga 18 Mei 2024,

1 Rumah 1 Jalur Gemilang, pupuk semangat kebangsaan

KUCHING: Kempen 1 Rumah 1 Jalur Gemilang (1R1JG) diperkenalkan dan dilancar Kementerian Komunikasi merupakan satu simbolik bagi menggerakkan hati rakyat Malaysia. Menteri di Jabatan Premier