ARTIKEL

Sarawak kaji guna teknologi banteras vandalisme

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak akan menimbangkan penggunaan teknologi terkini bagi membanteras vandalisme terhadap infrastruktur utiliti negeri.

Kementerian berkenaan dalam kenyataan berkata perkara itu adalah antara isu yang dibangkitkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Koordinasi Telekomunikasi (TCCM) 2023 hari ini.

“Vandalisme telah menyebabkan kerugian berjuta-juta ringgit kepada utiliti negeri ini. Pelbagai inisiatif anti vandalisme menggunakan teknologi terkini turut dibincangkan dan dipertimbangkan untuk dilaksanakan,” katanya.

Objektif mesyuarat yang dipengerusikan oleh Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak Datuk Julaihi Narawi itu antara lain adalah untuk melaporkan kemajuan dan prestasi projek oleh semua agensi di bawah kementerian berkenaan yang meliputi kemajuan fizikal dan cabaran yang dihadapi.

Jawatankuasa itu turut diberi taklimat mengenai perkembangan menara 4G di Sarawak pada mesyuarat berkenaan.

“Bagi menara 4G, sejumlah 3,430 daripada 4,055 menara yang disiapkan sudahpun beroperasi (on air). Selebihnya dijangka pada suku ketiga tahun depan.

“Bagi tapak 5G, sejumlah 341 daripada 589 tapak telahpun disepadukan, menjadikan Kawasan Berpenduduk yang Diliputi (COPA-Coverage of Populated Area) sehingga kini 44.9 peratus.

“Tapak 5G selebihnya dijangka akan disepadukan hujung tahun ini, menjadikan liputan COPA menjangkau 60 peratus,” menurut kenyataan itu.

Seramai 130 peserta daripada pelbagai jabatan, kerajaan, syarikat telekomunikasi dan pembekal perkhidmatan menyertai TCCM.

— BERNAMA

LAIN-LAIN BERITA

Lelaki maut, jatuh Jambatan Batang Salak

KUCHING: Seorang lelaki menemui ajal selepas dipercayai terjatuh ke dalam sungai di Jambatan Batang Salak, Jalan FAC di sini, hari ini. Komander Operasi PBK II

Sasar latih 10,000 rakyat Sarawak secara percuma

KUCHING: Kementerian Sumber Manusia mensasarkan melatih seramai 10,000 rakyat Sarawak secara percuma dalam pelbagai jenis kursus sempena Minggu Latihan Kebangsaan yang akan bermula dari 24

BERITA TERBARU

Azman Adnan, Ketua Pengarah Pendidikan baharu

PUTRAJAYA: Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan (Sektor Operasi Sekolah), Azman Adnan, dilantik sebagai Ketua Pengarah Pendidikan yang baharu berkuat kuasa Selasa, demikian menurut Kementerian Pendidikan (KPM). Kementerian