ARTIKEL

SARAWAK ke arah industri PENTERNAKAN

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak (DVSS) memperkenalkan program pembangunan pakar teknikal permanian beradas kecerdasan buatan (AI) bagi meningkatkan populasi lembu tempatan.

Pengarah DVSS, Dr Adrian Susin Ambud berkata, komitmen Sarawak kini ke arah mencapai sekurang-kurangnya 25,000 populasi lembu atau 25 peratus tahap sara diri menjelang 2030.

Jelasnya, kaedah penternakan AI terbukti mampu meningkatkan peratusan kelahiran baka lembu yang bermutu, sihat dan berpotensi tinggi bebas daripada penyakit berjangkit.

“Ia menggunakan simen yang bermutu, jadi anak yang lahir juga bermutu, lebih tahan penyakit, lebih berat dan cepat membesar.

“Kalau menggunakan kaedah semula jadi, mungkin lembu tersebut memiliki mutu yang kurang dari segi kualiti.

“Kita boleh lihat dengan ketara dari segi daya tahan penyakit yang kurang, kemudian kemungkinan ia lambat membesar ataupun terbantut,” katanya. 

Bagaimanapun, sistem penternakan AI ini disifatkan masih baharu bagi penternak tempatan di Sarawak.

Justeru, ia memerlukan pendedahan yang lebih agresif dari segi modul penternakan, kepakaran serta kos.

“Sistem penternakan AI memerlukan kelengkapan seperti pistol khas AI, tangki nitrogen untuk penyimpanan cecair simen beku yang mampu bertahan sehingga bertahun lamanya selagi gas nitrogen sentiasa ditambah.

Baca lain  LIMAU SARCODACTYLIS lambang bahagia, umur panjang

“Cara menternak oleh penternak merupakan satu cabaran, sekiranya lembu itu bebas, sangat sukar kerana lembu tersebut perlu ditangkap dan diikat sebelum proses AI dijalankan,” jelas Dr Adrian.

Melangkah ke hadapan, masa depan industri penternakan di Sarawak masih cerah dengan kadar permintaan yang memberangsangkan. 

Status Sarawak yang bebas daripada penyakit kuku dan mulut dengan kawasan tanah yang luas mampu melahirkan lebih ramai penternak tempatan moden baik secara persendirian atau syarikat swasta.

“Kita mengalu-alukan pihak swasta, syarikat besar untuk berkecimpung dalam bidang penternakan lembu kerana potensi lembu di Sarawak ini agak besar, pertamanya Sarawak masih bebas penyakit kuku dan mulut jadi apa-apa produk yang kita ada boleh dieksport.

“Selain itu permintaan dan keperluan lembu amat tinggi.

Semasa Raya Korban, setiap tahun permintaan tidak kurang daripada 2,000 ekor diperlukan yang bersaiz sederhana tidak kurus tidak terlalu besar serta mampu dibeli, “katanya.

BERITA LAIN

Lokasi wajib dikunjungi di Miri

MIRI terkenal dan menjadi tumpuan sebagai bandar raya kaya dengan hasil bumi seperti petroleum serta gas asli di Sarawak. Miri juga mempunyai banyak lokasi menarik

Lebih santai, pelanggan selesa

Pada awalnya bermula secara sambilan, kemudian dilihat memiliki potensi setelah isi kandungan tersebut mendapat perhatian pelanggan. “Alhamdulillah, setiap bulan ada pihak yang mendapatkan khidmat mencipta

TWFTY studio gambar kendiri

BERMULA sekadar hobi, aktiviti merakam video kandungan media sosial kini menjadi kerjaya menjana pendapatan. Pengarah TWFTV Studio, Muhammad Nur Faiq Mohamad berkata, dia tidak menyangka

Sedia panduan tepat untuk remaja

DALAM usaha untuk meningkatkan kesedaran dan pemahaman mengenai kesihatan reproduktif dan pendidikan seksualiti dalam kalangan kanak-kanak, Pusat Aktiviti Kanak-Kanak (PAKK) Desa Ilmu baru-baru ini bekerjasama

BERITA TERBARU