ARTIKEL

Allahyarham Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud

Sarawak kehilangan figura yang berdedikasi

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Sarawak kehilangan figura yang telah mendedikasikan hampir seluruh usianya untuk memimpin negeri ini ke arah kemajuan.

Demikian kata Timbalan Menteri Jabatan Premier Sarawak (Integriti dan Ombudsman) Datuk Dr Juanda Jaya semasa menzahirkan takziah di atas pemergian bekas Yang di-Pertua Sarawak Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud, hari ini.

Katanya, hari ini juga merupakan hari yang amat sedih buat Sarawak Darul Hana.

“Firus yang menerangi Bumi Kenyalang sejak merdeka itu telah kembali kepada pencipta-Nya. 

“Hampir seluruh usianya (1936-2024) didedikasikan untuk Sarawak yang kini semakin maju makmur,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Taib yang pernah memegang jawatan sebagai Ketua Menteri Sarawak selama 33 tahun dari 1981 hingga 2014 itu juga telah menghembuskan nafas terakhir di Kuala Lumpur sekitar jam 4.40 pagi tadi.

Jenazahnya dijadualkan tiba di Lapangan Terbang Kuching sekitar jam 3.30 petang hari ini dan akan terus dibawa ke kediaman peribadinya di Demak Jaya, Jalan Bako.

Pada keesokan hari, jenazah akan dibawa ke Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak untuk memberi peluang kepada rakyat memberikan penghormatan terakhir bermula jam 8 pagi hingga 11.30 pagi.

Kemudian, akan disemadikan di Tanah Perkuburan Demak Jaya, berhampiran kediamannya selepas solat Zohor.

BERITA LAIN

Rumah musnah terbakar, penghuni selamat

MIRI: Sebuah rumah di Kampung Pa Umor, Bario milik Timbalan Menteri di Jabatan Premier (Buruh, Imigresen dan Pemantauan Projek), Datuk Gerawat Gala, musnah dalam insiden

Enam kereta terbakar akibat pembakaran terbuka

LIMBANG: Enam buah kereta di luar bengkel di Jalan Taman Desa Babahanan di sini musnah dalam satu kebakaran disebabkan pembakaran terbuka longgokan kayu berhampiran. Jurucakap

Saingan harga tiket penerbangan ke Sarawak

KUCHING: Pengumuman syarikat penerbangan milik Sarawak yang dijangka beroperasi pada tahun hadapan diharap dapat menurunkan harga tiket kepada anak Sarawak. Adun Tupong Fazzrudin Abdul Rahman

Saya tidak minta apa-apa – Wong Soon Koh

KUCHING: Bekas Presiden Parti Sarawak Bersatu (PSB), Datuk Seri Wong Soon Koh, tidak menuntut apa-apa jawatan dalam kabinet Kerajaan Sarawak sebagai syarat bagi pembubaran partinya

BERITA TERBARU