ARTIKEL

Sarawak kehilangan pemimpin yang meletak asas kukuh perpaduan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Sarawak kehilangan seorang pemimpin yang telah meletakkan asas kukuh perpaduan dalam kepelbagaian kaum di negeri ini.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Datuk Sri Fatimah Abdullah berkata, pemergian mantan Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud itu juga kehilangan besar untuk negara.

“Pergi nya seorang negarawan, pemimpin ulung negara.

“Pemimpin yang telah meletak asas kukuh perpaduan dalam kepelbagaian di Sarawak serta dalam pembangunan fizikal dan insaniah serta memperkasa wanita,” katanya kepada media, hari ini.

ADUN Dalat itu turut menzahirkan kesedihan serta mendoakan semoga keluarga mantan ketua menteri itu diberi ketabahan, kekuatan serta kecekalan dalam menghadapi ujian yang cukup berat itu.

Sumbangan Allahyarham terlalu besar sepanjang berkhidmat sebagai Ketua Menteri Sarawak selama 32 tahun dan 10 tahun dengan mempamer kualiti sebenar sebagai pemimpin rakyat pelbagai kaum dan kepercayaan agama di negeri ini.

Terdahulu, media melaporkan Tun Abdul Taib meninggal dunia sekitar jam 4.28 pagi tadi sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur.

Baca lain  Tiada pembubaran automatik

Berita duka pemergian itu disahkan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah, pagi ini.

Dilaporkan, jenazah Allahyarham akan diuruskan di Masjid Negara, Kuala Lumpur sebelum diterbangkan balik ke Kuching, hari ini.

Sementara penghormatan terakhir terhadap tokoh berusia 87 tahun itu akan diadakan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak.

Sebelum disemadikan di sebelah pusara isteri pertamanya, Toh Puan Laila Taib di kediaman peribadi mereka di Demak Jaya.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU