ARTIKEL

Sarawak, Kementerian Komunikasi sepakat isu kaum, agama  ditangani sebaiknya

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Kerajaan Negeri Sarawak serta Kementerian Komunikasi dan Digital sepakat bahawa isu 3R yang menyentuh kaum, agama dan institusi diraja perlu ditangani sebaiknya kerana ia boleh menjadi barah dalam kalangan masyarakat Malaysia.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital Teo Nie Ching berkata isu itu adalah antara perkara yang dibincang semasa kunjungan hormat beliau ke atas Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg semalam.

Turut dibincangkan ialah pelbagai isu berkaitan infrastruktur telekomunikasi Sarawak termasuk status pembinaan menara Jalinan Digital Negara (JENDELA) Fasa 1 dengan peruntukan RM4.09 bilion, pelaksanaan Titik Kehadiran (POP) Fasa 1 dan Fasa 2 dengan peruntukan lebih RM1 bilion serta pembinaan dan perluasan Pusat Ekonomi Digital (PEDi).

“Premier Sarawak juga menekankan perihal kestabilan politik di peringkat Sarawak dan Persekutuan yang dengannya, isu rakyat dan pembangunan negara dapatlah diberi tumpuan.

“Tambahnya juga, naratif positif terhadap ekonomi negara adalah penting bagi memberi keyakinan kepada para pelabur dan ini termasuklah penilaian peringkat antarabangsa yang baik seperti indeks kebebasan media, indeks persepsi rasuah dan hak asasi manusia,” menurutnya dalam hantaran di laman Facebook.

Beliau berkata mereka juga berbincang mengenai keupayaan kewangan di peringkat Persekutuan yang menunjukkan bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengawal aliran tunai kerajaan dan memperkukuh kewangan negara.

Kunjungan hormat itu turut disertai Timbalan Menteri di Pejabat Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan Unit Komunikasi Awam Sarawak) Datuk Abdullah Saidol, Ahli Parlimen Bandar Kuching Kelvin Yii, Pengarah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia Sarawak Adiman Ajem, Timbalan Pengarah Jabatan Penerangan Sarawak Aziz Abdul Rahman serta Pengurus Besar Telekom Malaysia Sarawak Abdul Rahman Taha.- Bernama

BERITA LAIN

Anugerah pencetus semangat Bonnie

KUCHING: Jaguh powerlifting dunia kelahiran Sarawak, Bonnie Bunyau Gustin menyifatkan Anugerah Olahragawan Paralimpik Kebangsaan 2023 diterima malam kelmarin sebagai pencetus semangat untuk terus cemerlang dalam

Tiga bot nelayan ditahan APMM

MIRI: Tiga bot nelayan tempatan bersama 1,000 kilogram ikan dirampas oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Miri di kedudukan 3.3 batu nautika barat laut

Geng Piji tumpas

KUCHING: Geng Piji yang aktif mencuri kenderaan selain terlibat dalam kes pecah rumah, samun dan curi kabel akhirnya tumpas apabila ketua termasuk 11 ahlinya dicekup

BERITA TERBARU