ARTIKEL

Sarawak komited bangunkan industri hidrogen

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sarawak terus komited dalam usahanya meneroka dan membangunkan teknologi baharu khususnya industri hidrogen di rantau ini.

Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Datuk Dr Hazland Abang Hipni berkata, Sarawak berada di landasan yang betul dalam menghasilkan hidrogen menerusi tenaga hijau.

“Setiap negara di dunia ini mampu menghasilkan hidrogen sekiranya mereka mempunyai dua elemen iaitu air dan kuasa atau tenaga.

“Cuma, persoalannya apa jenis tenaga yang digunakan oleh negara tersebut? Adakah tenaga tersebut berasal dari tenaga hijau seperti Sarawak iaitu melalui hidro, solar dan angin?

“Jadi dengan dasar yang dimiliki Sarawak, kita terkenal di peringkat global dengan sumber tenaga baharu,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa ditemui media pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri DUN Demak Laut di Kesuma Resort di sini, pada Sabtu.

Sekitar 2,000 pengunjung berbilang kaum menghadiri majlis itu yang menghidangkan pelbagai juadah hari raya.

Turut hadir, ADUN Batu Kitang Datuk Ir Lo Khere Chiang dan ADUN Tanjong Datu, Azizul Annuar Adenan.

BERITA LAIN

Perodua pamer prototaip EV pertama di Malaysia Autoshow 2024

SERDANG, Selangor: Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) mengorak langkah dalam pembangunan teknologi elektriknya dengan memperkenalkan prototaip kenderaan elektrik (EV) pertamanya, Myvi Conversion. Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk

Pertingkat usaha bantu PKS tembusi pasaran luar

SAMARKAND: Usaha membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) Malaysia menembusi pasaran luar negara perlu dipertingkat bagi mengangkat kedudukan syarikat berkenaan, kata Perdana Menteri Datuk Seri

BERITA TERBARU

Hari Wesak disambut meriah seluruh negara

KUALA LUMPUR: Hari Wesak disambut meriah di seluruh negara dengan ribuan penganut Buddha memenuhi tokong di negeri masing-masing sejak awal pagi ini. Di Kuala Lumpur,